Gempar! Selepas setahun kerajaan Melayu Islam tertegak, Sajat berhajat menukar agama

Gempar! Selepas setahun kerajaan Melayu Islam tertegak, Sajat berhajat menukar agama

Sajat, individu yang pernah dikecam hebat sebelum ini hanya kerana dia bertudung litup melakukan ibadah Umrah, malah lebih teruk lagi perlakuannya itu dikaitkan dengan kebebasan beragama yang diterapkan oleh Menteri Agama ketika itu, Dr Mujahid.

Sehingga kini, rakyat masih tertanya-tanya status jantina Sajat, isu yang pernah hangat satu masa dahulu walaupun JAIS dikatakan bersedia untuk menjalankan ujian terhadapnya. Namun keengganannya hadir menyebabkan ujian tersebut tidak dapat dilakukan.

Setahun berlalu selepas Sajat menikmati kehidupan di bawah pemerintahan kerajaan Melayu Islam, rakyat mengharapkan berlaku perubahan positif terhadap dirinya yang mengalami kecelaruan identiti sebelum ini.

Namun lain pula yang berlaku, apabila tular 1 video terbaharu pendedahannya yang nekad untuk menukar agama akibat tekanan berterusan dari pihak berkuasa agama terhadapnya. Malah tampa berselindung dia menuduh pihak berkuasa agama yang menyebabkannya membuat keputusan nekad itu.

Ternyata ini sedikit sebanyak akan menguji keupayaan Menteri Agama bagi menanganinya. Rakyat mahukan seorang menteri yang kompeten, bukannya seorang yang suka bercerita berkenaan team bolasepak kegemarannya sahaja -NM