Gempar!!! Selepas Syed Saddiq, Hannah Yeoh pula terpaksa tutup program ‘Food Bank Segambut’

Gempar!!! Selepas Syed Saddiq, Hannah Yeoh pula terpaksa tutup program ‘Food Bank Segambut’

Food Bank Segambut : Dalam masa operasi 4 jam sahaja sejumlah 853 orang telah datang ke food bank kami. Food Bank ini disumbangkan oleh NGO dan penderma swasta, tidak menggunakan sebarang peruntukan kerajaan.

Jumlah penerima:
Warga Malaysia : 242 orang
Bukan warganegara : 611 orang

Orang ramai mula datang sejam lebih awal daripada masa pembukaan. Setelah berbincang dengan pihak polis, kami bersetuju untuk menamatkan food bank ini kerana permintaan yang terlalu tinggi dan ada yang datang sejauh Selayang, Jinjang, Rawang, Batu Caves dan Petaling Jaya.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Penduduk Taman Desa Segambut, Mont Kiara Residents’ Association, Desa Sri Hartamas Residents’ Association, Desa Sri Hartamas Owners & Traders Association, Persatuan Pemilik Tanah Lot Kampung Segambut Dalam, Pit Stop Community Cafe, Vitahealth Malaysia Sdn Bhd, Tedboy Bakery, Irwan, Budi dan team Arif, Wenda, Mei serta OCS Balai Polis Jinjang Tuan Hafiz dan anggota beliau yang telah membantu menjayakan Food Bank ini.

Saya bertanya kepada mereka yang datang mengenai keadaan semasa dan kebanyakan memberitahu saya bahawa mereka tiada pendapatan kerana tidak dapat bekerja semasa lockdown. Kami juga mengedarkan susu untuk mereka yang mempunyai bayi dan kanak-kanak. Pada hari pertama saya berdiri di gate dan rasa nak menangis kerana melihat kesusahan yang dihadapi oleh orang ramai sekarang. Saya meminta maaf kerana tidak dapat meneruskan Food Bank ini tetapi kami akan terus mencari jalan untuk membantu mereka yang terkesan dengan PKP ini.

Majlis Keselamatan Negara seharusnya mencari jalan untuk ekonomi dibuka semula. Ramai telah duduk di rumah sejak 1 Jun dan tidak mampu bertahan lagi. Kes hari ini sudah mencecah 11,000. Macam mana nak bayar sewa, bil utiliti dan kos makanan keluarga sementara menunggu kes turun? Guna SOP yang betul dan perkasakan rakyat untuk lawan Covid.

#Segambut