Gempar!!! Seludup 4 gadis seksi ke dalam sebuah kem askar di Kelantan utk dibuat teman hibur pegawai

Gempar!!! Seludup 4 gadis seksi ke dalam sebuah kem askar di Kelantan utk dibuat teman hibur pegawai

TULAR di media sosial aduan seorang wanita dipercayai ahli Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (Bakat) mendakwa terdapat aktiviti tidak bermoral berlaku di kem Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) batalion ke-21, Pengkalan Chepa, Kelantan.

Tangkap layar aduan itu dimuat naik seorang pengguna Facebook, Miejai Miejai Jai di Facebook Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) pada Ahad.

Menerusi hantaran sama, dia turut memuat naik satu rakaman video menunjukkan sekumpulan empat gadis sedang bersuka ria dipercayai di dalam kem askar tersebut.

Dalam rakaman itu, kedengaran muzik rancak dimainkan dan salah seorang daripada memanggil seorang lagi rakan yang asyik bermain telefon bimbit, namun panggilannya tidak didengari kawannya itu.

Baby (panggilan kepada rakan….) dia buat tak reti (buat tak tahu),” kata gadis yang merakam video itu menggunakan kamera depan telefon bimbitnya.

Rakaman tular sekumpulan gadis berhibur dipercayai di sebuah kem askar di Pengkalan Chepa. — Facebook

Berdasarkan loghat bahasa yang ditutur, mungkin gadis-gadis muda berkulit putih yang berpakaian seksi itu warga Kelantan.

Apa yang menjadi perhatian adalah back drop di belakang mereka kelihatan tulisan ’21 RMR’ selain corak bata merah.

Jika diteliti, back drop dalam video itu sama dengan sekeping gambar lain yang dikongsikan Miejai Miejai Jai yang mana dalam gambar tersebut menunjukkan sekumpulan wanita sedang menjamu selera di sebuah meja bulat.

Di belakang wanita bertudung dan berpakaian sopan ini juga terpampang jelas back drop berwarna hitam dengan tulisan 21 RMR selain sebuah sofa hitam panjang seperti di pusat hiburan dan pusat karaoke.

photo1656829858

Back drop dengan tulisan ’21 RMR’ yang kelihatan sama dengan back drop dalam rakaman tular tersebut. — Facebook

Sementara itu, aduan ahli Bakat yang mengatakan dirinya isteri kepada salah seorang pegawai di RAMD 21, Pengkalan Chepa itu mendakwa aktiviti tidak bermoral itu sudah lama berlaku, namun tiada tindakan diambil.

“Saya ingin melaporkan bahawa terdapat aktiviti tidak bermoral berlaku di dalam mess (tempat anggota dan pegawai tentera berehat dan menjamu selera), aktiviti berhibur bersama perempuan seperti di kelab malam.

“Pada 29 Jun lepas, diadakan jamuan makan malam di situ seperti yang diberitahu tetapi sebenarnya itu tipu.

“Saya lihat terdapat perempuan dari luar yang dibawa masuk oleh prebet ke dalam mess atas arahan pegawai yang berada di mess itu,” dakwanya dalam tangkap layar aduan tersebut.

Tangkap layar aduan seorang ahli Bakat mengenai aktiviti tidak bermoral dalam kem askar RAMD 21, Pengkalan Chepa. — Facebook

Pengadu juga mendakwa memiliki video dan bukti bahawa aktiviti itu dilakukan di mess RAMD 21 Pengkalan Chepa dan perkara tersebut telah merosakkan rumah tangga serta nama baik RAMD 21 Pengkalan Chepa.

“Saya melakukan aduan di saluran yang benar dan harap tindakan keras dapat diambil segera.

“Sekiranya tiada tindakan jadi saya terpaksa viral benda ini supaya semua orang dapat lihat perkara ini termasuk pihak atasan.

“Saya mahu perkara ini dihentikan bukan di tempat saya tapi di semua kem askar yang ada,” katanya.

Tambahnya, kem askar adalah tempat titik peluh di mana setiap askar sanggup berjuang demi negara bukan berhibur bersama perempuan.

Dalam pada itu, Majoriti berusaha mendapatkan penjelasan daripada kem tersebut dan pihak Kementerian Pertahanan berhubung insiden berkenaan.

Sumber – Majoriti