Gempar!!! Semakin ramai gadis Kelantan hilang dara, dedah KPN
Polis Kelantan menggesa ibu bapa memantau pergerakan anak mereka memandangkan jenayah rogol terutama melibatkan remaja bawah umur di negeri itu membimbangkan.
Ketua Polis Kelantan, Shafien Mamat, berkata dari Januari hingga Julai tahun ini saja, 51 kes rogol direkodkan berbanding 39 bagi tempoh sama tahun lalu.
Katanya, paling ketara apabila kes itu melibatkan remaja bawah umur dan pelajar sekolah seawal usia 13 tahun.
“Kebanyakan kes yang dikesan berlaku kerana suka sama suka tetapi apabila melibatkan situasi bawah umur ia dikategorikan sebagai kes rogol.
“Kita juga mendapati mangsa dan suspek saling mengenali dengan kebanyakannya berkenalan melalui laman sosial seperti Facebook atau aplikasi WhatsApp,” katanya menurut laporan Bernama.
Mengulas lanjut, Shafien berkata bagi tempoh Januari hingga Julai lalu, 16 kes rogol direkodkan di Kota Bharu berbanding hanya lima bagi tempoh sama pada 2020.
Selain itu, katanya 14 kes sumbang mahram direkodkan bagi tempoh sama berbanding 15 kes tahun lalu.
“Berikutan kes melibatkan remaja bawah umur berusia antara 13 hingga 16 tahun ini, kita amat mengharapkan golongan ibu bapa sentiasa memantau pergerakan anak-anak walaupun berada di rumah.
“Apa yang kita ketahui ada juga kes berlaku di rumah mangsa dan di rumah suspek ketika ketiadaan ibu bapa di rumah. Mereka mungkin berkenalan melalui laman sosial dan ibu bapa perlu memainkan peranan dengan memantau apa dilakukan anak-anak,” katanya.
Shafien berkata, berdasarkan kes direkodkan, 90% daripada kebanyakan suspek berjaya ditahan kerana dikenali mangsa.
Sumber – FMT