Gempar!!! Sempadan negara bolos lagi, terkini Serina Chef Wan mengikut jejak Sajat ke Siam bernikah

Gempar!!! Sempadan negara bolos lagi, terkini Serina Chef Wan mengikut jejak Sajat ke Siam bernikah

Selebriti cef Redzuawan Ismail atau Chef Wan hanya mampu mendoakan yang terbaik buat Serina selepas baru dimaklumkan anak perempuannya itu sudah bernikah dengan pilihan hati tanpa pengetahuannya.

Katanya, dia sedikit pun tidak akan melarang sekiranya anaknya itu ingin bernikah lagi namun berasa terkilan dengan tindakan Serina.

“Kakak saya baru hantar gambar ni. Anak kau dah kahwin kau tak tahu? Dia umum dalam Instagram. Saya terkejut.

“Kira-kira dua minggu lepas Serina nekad nak bernikah juga sebelum puasa.

“Katanya; Rina dah nikah dah pun di Siam, pa (ayah). Nak nikah rumah papa untuk urusan nikah semula di Malaysia saja.

“Hati saya bagai disambar petir ketika itu. Terus saya tak pun jawab apa yang dia bagitahu,” katanya.

Perkahwinan kedua itu selepas lima tahun Serina menjadi ibu tunggal kepada dua anak, iaitu Tristan Tareef, dan Isabella Saffiya.

Serina mendedahkan berita pernikahannya dengan pegawai polis, Meor Mohammad Aidi di Instagram hari ini.

Dia sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar pada 1 Januari 2010.

Dalam kenyataannya dia mendakwa pernikahan itu mendapat restu daripada bapanya.

“Alhamdulillah diselesaikan yang wajib dahulu, benar jodoh pertemuan, ajal maut itu rahsia Allah, kita yang lahir di bumi semuanya dah tertulis di Kitab Loh Mahfuz.

“Alhamdulillah dialah yang terbaik yang Allah kirimkan buatku untuk menjadi imam serta khalifah dalam keluargaku.

“Terima kasih papa (ayah) merestui perkahwinan kami, Insya-Allah lepas raya kita buat kenduri doa selamat dan makan di restoran papa, ya,” katanya.

Chef Wan pada masa sama menjelaskan, dia sebenarnya sudah dapat menjangka perkara itu sebelum ini apabila Serina memberi bayangan untuk bernikah lagi.

“Dengan kejadian yang berlaku belakang saya, ini semua tidak memeranjatkan.

“Bagaimanapun, sebagai bapa, apa dilakukan mereka berdua amat mengecewakan,” katanya.

Tambahnya, walaupun pahit dia terpaksa ‘menelan’ perbuatan Serina yang menyembunyikan hal itu daripada pengetahuannya.

“Rina…Rina, suka hati kaulah. Masing-masing dah tua dan bertanggungjawab dengan apa yang kamu (buat) terutama di belakang saya.

“Walaupun perit saya terpaksa telan saja. Saya doakan kamu mempunyai perkahwinan yang kekal.

“Kita doakan yang terbaik dan aminkan pernikahan mereka ini sudahlah,” katanya. – MK