Gempar!!! Shahidan menang ‘jackpot’, lantikan GLC secara ‘backdated’

Gempar!!! Shahidan menang ‘jackpot’, lantikan GLC secara ‘backdated’

Mengejutkan. Menerusi 1 hantaran terbaharu Syed Saddiq yang mempersoalkan perlantikan Shahidan Kassim, MP Arau sebagai Pengerusi PR1MA oleh Menteri KPKT.

Zuraida dalam kenyataannya menyifatkan pelantikan Shahidan yang berkuatkuasa serta merta itu sebagai tepat dengan pengalaman yang lama duduk dalam kerajaan sebelum ini.

Namun, dalam hantaran yang dikeluarkan PR1MA pula menjelaskan pelantikan Shahidan semenjak 23 Oktober tahun lepas lagi. Malah MP Muar itu turut mempertikaikan amalan lantikan secara ‘backdated’ yang mulai diamalkan semula kerajaan PN setelah dihentikan sewaktu PH mengambil alih selepas menang PRU14 dahulu.

Bagaimana lantikan baru diumumkan menteri 2 hari lepas, tetapi surat lantikan bermula Oktober tahun lepas, soalnya lagi.