Gempar!!! Siapa beri kebenaran KSN potong elaun penjawat awam?

Gempar!!! Siapa beri kebenaran KSN potong elaun penjawat awam?

Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali hari ini mengumumkan solidariti penjawat awam dalam mendepani pandemik Covid-19 ketika ini dengan menyumbangkan sejumlah RM30 juta elaun tetap yang dinikmati penjawat awam pelbagai tahap kepada Akaun Amanah Bencana.

“Sebagai manifestasi solidariti penjawat awam dalam hal ini, sebahagian imbuhan tetap keraian (ITK) bagi Pengurusan Tertinggi dan Gred 44 hingga Gred 56, serta imbuhan tetap khidmat awam (ITKA) bagi Gred 29 hingga Gred 41 yang dinikmati oleh penjawat awam pada masa kini akan disumbangkan kepada Akaun Amanah Bencana.

“Sumbangan dari lebih 800,000 penjawat awam (tidak termasuk frontliners serta penjawat awam Gred 1 hingga Gred 28) adalah dianggarkan berjumlah lebih RM30 juta.” – MN

MENYUSUL LAGI