Gempar!!! Sidang media petang ini, Azmin didakwa ajar Ismail Sabri cara lakukan ‘Langkah Seri Pacific’

Gempar!!! Sidang media petang ini, Azmin didakwa ajar Ismail Sabri cara lakukan ‘Langkah Seri Pacific’

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengadakan pertemuan khas dengan sekumpulan Ahli Parlimen Umno di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur awal pagi tadi.

Kehadiran Ismail Sabri yang juga Naib Presiden Umno di hotel itu kira-kira jam 12.30 tengah malam selepas pulang dari kediaman Perdana Menteri Mahiaddin Md Yasin di Bukit Damansara bersama beberapa menteri kanan.

Ismail Sabri dilapor menghabiskan masa kira-kira dua jam di kediaman Mahiaddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu.

Difahamkan, pertemuan Ismail Sabri dan sekumpulan Ahli Parlimen Umno itu sebagai mahu mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Antara yang dilihat hadir di hotel itu ialah Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang bertongkat ketika berjalan keluar selepas pertemuan itu.

Selain itu, Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang seperti kelazimannya bersongkok.

Pertemuan mereka di hotel bersebelahan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang menempatkan ibu pejabat Umno di Menara Dato Onn itu susulan sidang media Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada sebelah petangnya.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mendakwa kepimpinan Perdana Menteri sudah hilang majoriti dan keabsahan Mahiaddin sebagai ketua kerajaan telah terbatal.

Sidang media Ahmad Zahid itu turut disertai Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan, Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan beberapa ahli Parlimen Umno lagi.

Kemelut politik dan ketidakstabilan kerajaan pada masa ini berlaku ketika negara sedang dilanda pertambahan kes baharu positif Covid-19 dan kematian akibat pandemik itu yang semakin membimbangkan.

Setakat semalam, terdapat 203,664 kes aktif dengan jumlah kematian sebanyak 9,598 kes manakala seramai 1,066 pesakit dirawat di ICU termasuk 537 orang daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dalam masa sama, program vaksinasi pula dilihat masih perlahan dengan hanya 44.3 peratus daripada populasi negara sudah mendapat dos pertama, manakala 22 peratus sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 sehingga 2 Ogos lalu.

Sumber – Malaysiadateline