Gempar!!! SUA Pas jadi peguambela ketua ajaran sesat?

Gempar!!! SUA Pas jadi peguambela ketua ajaran sesat?

Raja Azhar Wahab, individu yang dikaitkan dengan Pusat Jagaan Anak-Anak Cahaya Amal Bestari, di Sungai Petani yang disita Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) baru-baru ini menafikan beliau ada kaitan dengan pusat berkenaan.

Peguamnya, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata anak guamnya kesal dengan penularan penulisan di media sosial yang menimbulkan salah faham, fitnah, kesukaran dan kerugian secara langsung dan tidak langsung kepada Raja Azhar.

“Anak guam kami tidak ada sebarang kaitan dengan Pusat Jagaan Anak-Anak Cahaya Amal Bestari yang beralamat di Sungai Petani, Kedah yang disita oleh pihak berkuasa yang ditularkan dalam media sosial.

“Oleh yang demikian kami diarahkan oleh anak guam kami dan kami dengan ini memberi notis kepada semua pihak supaya tidak lagi mengaitkan beliau dengan sebarang perkara berhubung pusat berkenaan,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Takiyuddin yang juga peguam kepada pusat berkenaan berkata, pihaknya berhak mengambil tindakan berdasarkan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang masih mengaitkan anak guamnya dalam perkara berkenaan.

BH sebelum ini melaporkan kerajaan negeri mengarahkan sebuah pusat tahfiz amal di Sungai Petani ditutup kerana beroperasi tanpa kebenaran, selain dipercayai mempergunakan kanak-kanak untuk mengutip derma dengan menggunakan nama agama bagi menarik simpati orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan negeri, Datuk Dr Ismail Salleh, berkata notis penutupan dikeluarkan pada 11 Mac lalu oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK).

Sumber – Berita Harian