Gempar!!! Sumber dedah pimpinan PN minta bantuan Tun M atasi kemelut politik

Gempar!!! Sumber dedah pimpinan PN minta bantuan Tun M atasi kemelut politik

Pimpinan Perikatan Nasional dilaporkan meminta bantuan Tun M bagi memecahkan kebuntuan situasi politik negara ketika ini.

Menurut sumber yang dekat dengan pengerusi Pejuang itu, ini selepas BN mengeluarkan kenyataan tidak pernah mengeluarkan kenyataan akan menyokong kerajaan Perikatan Nasional, seperti di dakwa wakil GPS dan Muhyiddin sebelum ini.

Sementara itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan biro politik tidak mempunyai hak untuk memutuskan mengenai perkara itu.

Memetik laporan Berita Harian. beliau menegaskan hanya Majlis Tertinggi (MT) Barisan Nasional (BN) boleh membuat keputusan berhubung pembentukan kerajaan campuran antara BN dan Pakatan Harapan (PH).

“Presiden tiada hak, biro politik pun tiada hak.

“Hanya MT BN saja boleh membuat keputusan,” katanya hari ini,

Beliau bersama beberapa kepimpinan BN dilihat sudah tiba di Hotel Seri Pacific, di sini, dipercayai bagi mengadakan pertemuan dengan wakil Pakatan Harapan (PH) bagi membincangkan mengenai pembentukan kerajaan campuran.

Sehingga kini, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN, sudah tiba di Hotel Seri Pacific bagi tujuan itu.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dilihat sudah tiba.

Ketika ditanya mengenai jemputan pertemuan ini, Ismail Sabri berkata, beliau dijemput Setiausaha UMNO Pahang.

“Semua Ahli Parlimen Pahang, dijemput,” katanya