Gempar!!! Susulan kejatuhan kerajaan PN, timbul ura-ura Noor Hisham akan direhatkan
Jawatan Ketua Pengarah Kesihatan mensyaratkan individu yang mengisinya berpandukan kepada pengetahuan sains dalam melaksanakan tugas, kata individu yang pernah menjawat kedudukan itu.
Abu Bakar Suleiman membuat ulasan berkenaan apabila Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dikatakan berdepan dengan persoalan sama ada dia bersikap berat sebelah.
Ahad lalu, beliau mencadangkan supaya sidang Parlimen yang sepatutnya disambung pada Isnin, ditangguhkan selepas beberapa kes Covid-19 dikesan dalam bangunan terbabit.
Ini menimbulkan persoalan terhadap sikap neutralnya.
Abu Bakar yang memegang jawatan itu bermula 1991 hingga 2001, berkata terdapat banyak persoalan ditimbulkan susulan penangguhan itu dan beliau juga tidak jelas mengenai apa rasional di sebalik keputusan berkenaan.
Bercakap kepada FMT, beliau bertanyakan sama ada Noor Hisham mengikut standard yang sama terhadap semua perhimpunan tertutup atau menggunakan standard lebih tinggi di Parlimen.
Beliau berkata segelintir orang mungkin melihat ia berisiko tinggi memandangkan sidang Parlimen menjadi tempat perhimpunan pemimpin politik.
“Saya membayangkan ketua pengarah berada dalam keadaan yang sukar, tetapi kebanyakan alasan lebih kepada profesional dan berpandukan sains,” katanya.
Beliau berkata ia amat penting untuk mana-mana ketua pengarah yang menjaga kepentingan orang awam dan perkara itu perlu jelas supaya kepercayaan akan dapat dikekalkan.
Katanya, ketua pengarah itu harus memastikan semua keputusannya dibuat berdasarkan profesionalisme dan bukannya atas pertimbangan politik.
“Sudah tentu, dengan berbuat demikian, bos politik mungkin tidak bersetuju dan menolak pandangannya yang sememangnya menjadi hak mereka. Bagaimanapun, ketua pengarah harus memberi nasihat profesional yang sudah menjadi tugasnya.”
Ketua Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial, Azrul Mohd Khalib, bersetuju bahawa persepsi awam terhadap peranan ketua pengarah amat penting.
Katanya, individu seperti Noor Hisham akan dianggap gagal melaksanakan peranannya sekiranya tidak mendapat kepercayaan orang ramai.
“Mereka dianggap gagal kerana orang ramai tidak melihatnya sebagai orang yang bercakap benar, sanggup berkompromi dan mengubah nasihat profesional kerana perlu terus kekal memegang jawatan,” katanya.
“Kalau sekali hilang kepercayaan, sukar untuk kita mengembalikannya.
“Dan tindakan (menangani pandemik) yang berhasil ketika krisis kesihatan awam terletak pada kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap pihak berkuasa kesihatan.”
Sumber – FMT