Gempar!!! Tembelang SPRM cuba memerangkap MP Sekijang terdedah
Minggu lepas, negara digemparkan dengan pendedahan MP Sekijang melibatkan isu didekati 2 individu termasuk salah seorangnya berlangkat ‘datuk seri’ dengan niat mendapatkan sokongannya kepada kepimpinan Muhyiddin.
Isu menjadi hangat susulan kejayaan PN mendapatkan 2 MP PH dari PKR sebelum itu. Jadi usaha melobi MP-MP pembangkang ini menyokong Muhyiddin adalah isu benar, dan bukannya sengaja diada-adakan.
Namun pencacai Muhyiddin, diketuai CheGu Bard atas jawatan Pengarah Operasi Pilihanraya Bersatu Johor tidak berpuas hati. Mereka mencabar Natrah membuat laporan rasmi ke SPRM, setelah Natrah membuat kenyataan rasmi berkaitan isu tersebut. Tanpa diduga, Natrah menyahut cabaran pencacai Muhyiddin dengan pergi ke SPRM membuat laporan rasmi. Pencacai terkedu.
Tiba-tiba, SPRM mengeluarkan kenyataan laporan Natrah berkaitan tawaran RM10 juta bagi dia melompat parti. Pelik, mana datang jumlah RM10 juta tersebut. Selepas disemak kenyataan media rasmi Natrah, tiada jumlah pun dinyatakan di dalamnya.
Setelah diselidik, rupa-rupanya kenyataan rasmi SPRM itu jelas dibuat bagi memerangkap Natrah. Natrah mungkin akan ditahan dan didakwa membuat laporan palsu. Kenapa SPRM sanggup membuat kerja lama mereka?
Lebih mengejutkan apabila Lokman Nor Adam membuat pendedahan berani dalam live fbnya kelmarin menyebut ‘datuk seri’ yang didedahkan mendekati Natrah itu tidak lain tidak bukan ialah DATUK SERI HAMZAH ZAINUDDIN, Menteri KDN sendiri.
Nampaknya permainan jahat pemerintah menggunakan jentera kerajaan menakut-nakutkan musuh politik mereka akan terus dijadikan senjata hingga bertemu pilihanraya umum nnt – NM