Gempar!!! Terdesak pulihkan negara, Muhyiddin arah Tengku Zafrul berunding dengan Tun M

Gempar!!! Terdesak pulihkan negara, Muhyiddin arah Tengku Zafrul berunding dengan Tun M

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan dipelawa berkongsi idea bersama kerajaan dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Bekas Perdana Menteri itu berkata, pelawaan itu diterima daripada Menteri Kewangan yang juga Menteri Penyelaras PPN, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, pagi ini.

Bagaimanapun, beliau yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) belum membuat sebarang keputusan mengenai jemputan bagi perkongsian idea itu.

“Tak pasti sama ada Menteri Kewangan (Tengku Zafrul) mempunyai idea bagaimana nak kurangkan kes COVID-19, tapi dia minta nak jumpa dengan saya.

“Permintaan itu dibuat pagi ini,” katanya pada sidang media selepas meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Kampung Teluk Berembang, Pulau Tuba, dekat sini, hari ini.

Terdahulu, beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi meninjau proses suntikan dos kedua vaksin COVID-19 kepada 204 warga emas dan berisiko di pulau itu.

Dr Mahathir berkata, beliau bagaimanapun belum menentukan tarikh pertemuan itu dipercayai berkaitan meminta pandangan bagi pelaksanaan PPN.

“Saya belum tentukan (tarikh perjumpaan) lagi,” katanya.

Sementara itu, ketika meninjau proses vaksinasi di dewan itu, Dr Mahathir sempat beramah mesra bersama penduduk tempatan yang kebanyakannya bekerja sebagai nelayan pesisir.

Sumber : BHarian