Gempar!!! Tular foto percutian mewah Menteri Sumber Manusia bersama kartel pekerja asing

Gempar!!! Tular foto percutian mewah Menteri Sumber Manusia bersama kartel pekerja asing

Sebuah laman twitter membuat pendedahan menggemparkan baru-baru ini apabila mendedahkan gambar percutian mewah seorang menteri kabinet ketika negara dilanda banjir besar hujung tahun lepas.

Menteri dimaksudkan ialah Datuk Seri Saravanan Murugan, Menteri Sumber Manusia yang didakwa bercuti bersama-sama ‘kartel’ tenaga kerja asing Bangladesh, Datuk Seri Mohd Amin.

Menurut sumber lagi, percutian mewah Saravanan ditaja sepenuhnya oleh kartel tersebut, yang dipercayai menguruskan 25 syarikat bagi tujuan pengambilan tenaga kerja tersebut.

Namun sehingga kini, masih belum ada pengesahan dilakukan samada dari pihak kementerian mahupun menteri sendiri berkenaan isu percutian tersebut.

Bagi yang belum mengenali Datuk Seri Amin, nama sebenarnya ialah Aminul Islam Bin Abdul Nor berasal Bangladesh.

Namun dia telah pun diberikan kerakyatan Malaysia dan merupakan proksi kepada adik Presiden UMNO, Zahid Hamidi yang ketika itu merupakan Menteri KDN.

Adik Zahid didakwa telah dianugerahkan lesen besar menguruskan kemasukan pekerja import Bangladesh dan Nepal oleh abangnya ketika itu.

Malah di atas sokongan Zahid juga, Amin telah berjaya memperolehi gelaran Datuk Seri.Dia juga didakwa memiliki beberapa syarikat syarikat antaranya :-

  1. FWCMS RM 1.3 Bil
  2. Bestinet RM 700juta
  3. Synerflux (SPPA) RM 500juta
  4. JR RM150juta

Syarikat diatas terutamanya SPPA dan Bestinet FWCMS milik penuh individu yang dahulunya warga asing (Bangladesh) kini memiliki warganegara malaysia memonopoli segala system kerajaan untuk membawa masuk pekerja asing warga Bangladesh ke malaysia.

Kumpulan ini mengambil untung dengan mengenakan caj-caj tidak masuk akal ke atas pekerja-pekerja Bangla dan Nepal yang memasuki negara ini.

Kos membawa masuk juga amat tinggi sehingga RM15,000 ringgit malaysia untuk 1 orang pekerja, kegiatan memonopoli system kerajaan yang telah diswastakan amatlah tidak wajar dan perlu dihapuskan, mereka memberi kelulusan dengan senangnya membuatkan lambakan pekerja asing Warga Bangladesh di Malaysia.

Kira kira lebih 280,000 orang warga Bangladesh telah di bawa masuk dalam tempoh yang amat singkat hanya dalam 8 bulan sahaja semasa Zahid di KDN. Sasaran mereka, 1.5 Juta.