Gempar!!! Tun Faisal digantung 6 tahun, peluang KJ bertanding di Putrajaya lenyap

Gempar!!! Tun Faisal digantung 6 tahun, peluang KJ bertanding di Putrajaya lenyap

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz, digantung keahlian dalam parti selama enam tahun.

Beliau yang dihubungi BH Online, berkata keputusan yang dibuat Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini bagaimanapun belum diberikan kepadanya secara bertulis.

“Saya hanya dimaklumkan mengenai keputusan ini. Dengar-dengar digantung keahlian UMNO selama enam tahun. Tetapi tidak tahu apa justifikasi MKT di sebalik hukuman ini.

“Kalau ikutkan terma penggantungan ini, semua manfaat sebagai ahli UMNO dilucutkan secara sementara sepanjang tempoh itu,” katanya seperti dilaporkan BH, malam ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat berkenaan, berkata Mesyuarat MKT mengesahkan penggantungan keahlian seorang ahli UMNO oleh Lembaga Displin parti selama enam tahun.

Beliau bagaimanapun, enggan mendedahkan identiti ahli terbabit termasuk jawatannya.

“Saya ingin maklumkan seorang (ahli UMNO), saya tidak mahu menyebut namanya, kerana biarlah beliau menerima surat penggantungan itu yang telah dihantar sebentar tadi.

“Saya tidak mahu menyebut namanya, tapi ahli MKT mengesahkan keputusan Jawatankuasa (Lembaga) Displin. Penggantungan selama enam tahun atau dua penggal pemilihan MKT.

“Adakah individu itu ahli MKT? Segala perkara itu ada dalam surat berkaitan, segala Perlembagaan yang dilanggar itu ada dalam surat berkaitan, jadi biarlah orang berkaitan menerima surat itu. Saya kira lebih elok,” katanya.

Sementara itu, Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Tajuddin Rahman ketika ditemui media tidak menolak individu itu adalah Tun Faisal.

Pada 24 Januari lalu, Tun Faisal antara lain mengeluarkan kenyataan bahawa Presiden UMNO, Datuk Ahmad Zahid Hamidi sudah hilang kredibilti selepas percubaan untuk membawa UMNO menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal beberapa kali. – AA