Gempar!!! UMNO di belakang gerakan jatuhkan Ketua Hakim Syarie JKSM

Gempar!!! UMNO di belakang gerakan jatuhkan Ketua Hakim Syarie JKSM

KETUA HAKIM SYARIE JKSM DISERANG “ORANG DALAM” DAN CYBERTROOPER POLITIK KERANA BONGKAR SCAMPOLIGAMI

Nampaknya tindakan tegas YAA Dato’ Na’im, Ketua Hakim Syarie JKSM membongkar isu Scampoligami telah menimbulkan kemarahan pelbagai pihak termasuklah “orang dalam” yang terlibat secara langsung dalam isu tersebut.

Pelbagai pihak termasuklah dari kalangan cybertroopers politik telah menyerang beliau dengan membawa isu-isu remeh antaranya pelantikan beliau sebagai Ketua Hakim Syarie JKSM oleh Mantan Menteri Agama, DS Mujahid Yusof Rawa.

Apa yang pasti, pelantikan beliau jelas tiada kaitan dengan unsur politik dan dilantik berdasarkan merit kerana sebelum ini beliau memegang jawatan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM dan pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Hakim Syarie Selangor.

Beliau juga tidak terlibat dengan mana-mana politik dan tiada dalam senarai hakim syarie yang berkempen di Parlimen Jerai pada PRU 14 yang lalu.

Serangan ke atas beliau berpunca dari rasa tidak puas hati segelintir pegawai-pegawai kanan JKSM termasuklah hakim yang rapat dengan mantan menteri DS Jamil Khir dan hakim tersebutlah yang mengetuai gerakan kempen hakim syarie di Parlimen Jerai tempoh hari.

Persoalan yang timbul, bagaimana dokumen sulit boleh terlepas kepada cybertrooper politik jika “orang dalam” sendiri yang membocorkannya.

Tambahan pula, tindakan Ketua Hakim Syarie menukarkan hakim-hakim berkenaan juga antara punca yang menimbulkan kemarahan “orang dalam” sehingga terpaksa meminta bantuan cybertrooper politik bagi menyerang Ketua Hakim Syarie JKSM tersebut.

Kemarahan tersebut semakin membuak-buak apabila “orang dalam” tersebut merupakan antara hakim yang berkempen di Parlimen Jerai dikatakan turut terlibat dalam aktiviti scampoligami yang telah didedahkan oleh Puan Mona Din di FB beliau.

Terbaru, Ketua Hakim Syarie difitnah menyeleweng dana MAIWP apabila beliau bertindak memindahkan penyaluran dana daripada Akaun Persatuan Pegawai Syariah (dimana presidennya adalah hakim yang berkempen di Jerai dan dikatakan terlibat dengan Scampoligami) ke Akuan Amanah JKSM.

Jelas tindakan memindahkan ke akaun amanah JKSM adalah tindakan tepat kerana Pengurusan Akaun Amanah tertakluk kepada Arahan Amanah dan kelulusan Jawatankuasa Akaun Amanah yang dipengerusikan oleh YBhg Dato’ TKSUK.

Berbanding dengan akaun persatuan yang tidak diaudit oleh JPM dan boleh terdedah kepada risiko penyalahgunaan dana yang tinggi.

Dijangkakan Ketua Hakim Syarie JKSM akan terus diserang oleh “orang dalam” ini kerana dipercayai mereka-mereka ini panas punggung susulan isu scampoligami ini hangat diperdebatkan.

Semoga Ketua Hakim Syarie ini akan terus tabah dan kuat untuk menghadapai serangan dari pihak tidak bertanggungjawab ini.