Gempar!!! Umum kenyataan separuh masak, warganet kesal menteri agama tidak jujur

Gempar!!! Umum kenyataan separuh masak, warganet kesal menteri agama tidak jujur

Orang ramai meminta kerajaan memberi penjelasan lanjut berhubung kebenaran terbaharu Arab Saudi yang mengiktiraf vaksin Covid-19 jenis Sinovac kemasukan ke negara itu.

Ia susulan dakwaan di media sosial yang menyatakan walaupun individu sudah lengkap dua dos vaksin keluaran China itu, mereka tetap memerlukan dos tambahan atau ‘booster dose’.

Dakwa mereka, ‘booster dose’ itu mestilah daripada pengeluar yang telah dibenarkan oleh Arab Saudi seperti AstraZanecca, Moderna, Janssen atau Pfizer-BioNTech.

Tinjauan Kosmo! di laman Facebook mendapati, rata-rata pengguna media berkongsi dakwaan itu dan mereka menjelaskan bahawa individu yang lengkap dos Sinovac perlu mengambil dos tambahan sebelum dibenarkan ke Arab Saudi.

“Arab saudi terima sinovac tetapi perlu ada dose booster dari vaksin yang diterima pakai di sana,” kata Shahrizal Kamal.

Turut berkongsi maklumat sama adalah seorang lagi pengguna yang dikenali sebagai Nur Syazwani Halim.

“Setahu saya, sekiranya sudah mengambil dua dos, kerajaan Saudi menetapkan penerima Sinovac untuk mendapatkan dos ketiga dari jenis vaksin yang lain dan perlu kuarantin setelah sampai di KSA,” tulisnya.

Pada masa sama, pengguna turut berkongsi laporan daripada media tempatan Arab Saudi yang melaporkan individu yang sudah menerima dua dos vaksin Sinovac dan Sinopharm perlu mengambil dos tambahan yang diiktiraf kerajaan Arab Saudi sebagai syarat untuk masuk ke negara itu.

Laporan daripada Saudi Gazette yang dikongsi di laman Facebook.
Menurut Saudi Gazette, syarat terbaharu itu terkandung dalam peraturan terkini yang dikeluarkan pihak berkuasa kesihatan Arab Saudi, demikian diumumkan Pihak Berkuasa Tambak King Fahd (KFCA).

Berdasar peraturan kesihatan yang sudah dikemaskini, individu yang sudah menerima dua dos vaksin Sinovac dan Sinopharm perlu mengambil dos tambahan yang diiktiraf sama ada Pfizer, AstraZeneca, Johnson & Johnson dan Moderna.

Media itu turut melaporkan, satu lagi syarat yang perlu dipatuhi adalah membuat ujian Real-Time Reverse Transcription- Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) dalam tempoh 72 jam selepas tiba ke negara itu.

Pendekatan baharu itu diambil susulan kebimbangan bahawa vaksin Covid-19 yang digunakan sebilangan besar negara membangun tidak mampu menghalang penularan varian Delta.

Sumber – K! ONLINE