Gempar!!! Utusan Malaysia dilarang buat liputan sidang Dewan Rakyat
PETANG semalam, Yang Dipertua Dewan Rakyat mengeluarkan Nota Kepada Pengarang mengenai liputan media sepanjang Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Majlis Parlimen Keempat Belas yang akan berlangsung dari 12 September hingga 12 Oktober 2021.
Sekali pandang tiada apa yang menarik. Ia sekadar satu pemberitahuan biasa tetapi apabila dilihat senarai media yang dibenarkan membuat liputan, ada sesuatu yang mengejutkan.
Tindakan mengehadkan dan memilih jemputan media untuk membuat liputan sidang Parlimen adalah diskriminasi serta pilih kasih dalam sebuah negara bebas bersuara.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan mengesa keputusan itu dikaji semula di samping wajar diberi penjelasan mengapa ia dibuat.
Sumber – UTUSAN ONLINE