Gempar!!! [VIDEO] 15 jemaah sebuah masjid di Kedah meninggal dunia penangan Covid-19

Gempar!!! [VIDEO] 15 jemaah sebuah masjid di Kedah meninggal dunia penangan Covid-19

 

Seramai 15 jemaah masjid di Taman Mahsuri, Jitra dekat sini yang positif Covid-19 meninggal dunia dalam tempoh dua minggu lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr. Mohd. Hayati Othman berkata, maklumat berhubung perkara itu diterima beliau daripada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah.

“Covid-19 dikesan mula menjangkiti jemaah masjid terbabit sejak Mei lalu hingga tercetusnya kluster Dah Mahsuri yang membawa kepada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 18 Mei lalu.

“Dalam tempoh dua minggu lalu, saya difahamkan seramai 15 orang yang meninggal dunia,” katanya di sini, hari ini.

Baru-baru ini tular video memaparkan wajah-wajah jemaah masjid tersebut yang meninggal dunia di media sosial.

Video berdurasi 32 saat itu meruntun perasaan banyak pihak yang bersimpati terhadap nasib individu terlibat.

Mengulas lanjut Mohd. Hayati berkata, keadaan jelas menunjukkan betapa Covid-19 amat berbahaya hingga mampu meragut banyak nyawa dalam masa singkat.

“Semoga pandemik ini cepat berlalu. Kita juga berharap agar orang ramai dapat terus mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin bagi membentuk imuniti berkelompok,” katanya.

Sumber: https://www.utusan.com.my/terkini/2021/06/covid-19-15-jemaah-masjid-meninggal-dunia-dalam-tempoh-dua-minggu/