Gempar!!! [Video] Akibat terlalu rindukan bersolat Jumaat, seorang lelaki tergamak menendang pagar masjid sehingga tercabut

Gempar!!! [Video] Akibat terlalu rindukan bersolat Jumaat, seorang lelaki tergamak menendang pagar masjid sehingga tercabut

Berang kerana tidak dibenarkan menunaikan solat Jumaat, seorang penghantar barang menendang pintu pagar sebuah masjid di Selayang, di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata pihaknya menerima laporan daripada bilal masjid memaklumkan pintu pagar besi itu tercabut jam 1.40 tengah hari kelmarin.

“Semakan kamera litar tertutup (CCTV) di masjid mendapati seorang lelaki menaiki pikap Nissan Navara dalam keadaan seperti mengamuk dan menendang (pintu) pagar besi masjid sehingga tercabut serta jatuh.

“Susulan itu, kami menahan suspek berusia 35 tahun ketika dia tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, semalam.

“Kami turut merampas sebuah Nissan Navara dan sepasang baju Melayu yang digunakan suspek ketika kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Arifai berkata, siasatan dilakukan mendapati kejadian berpunca akibat suspek berasa marah kerana tidak diberi kebenaran untuk masuk ke dalam masjid untuk menunaikan solat.

“Hasil ujian saringan air kencing dilakukan terhadap suspek didapati negatif dadah manakala semakan mendapati lelaki itu mempunyai dua rekod berkaitan jenayah dan dadah.

“Suspek direman selama empat hari bermula hari ini hingga 19 Mei nanti untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 427/295 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan membencana atau mencemarkan tempat sembahyang,” katanya. – BH