Gempar!!! [VIDEO] Lagi jemaah masjid ditahan langgar SOP solat berjemaah
![Gempar!!! [VIDEO] Lagi jemaah masjid ditahan langgar SOP solat berjemaah Gempar!!! [VIDEO] Lagi jemaah masjid ditahan langgar SOP solat berjemaah](https://negaramerdeka.com/wp-content/uploads/2021/06/inCollage_20210601_104250349-e1622515422116.jpg)
Kelmarin, tular sebuah video menunjukkan sekumpulan manusia berbaju melayu bersongjok sedang berselawat di dalam.sebuah trak polis.
Kejadian dipercayai berlaku pada 30 Mei 2021 di Pasir Mas, Kelantan apabila seramai 37 orang jemaah Masjid Mukim Serendah Tok Uban telah ditahan polis kerana melanggar SOP PKP.
Menurut sumber perkongsian video tersebut, mereka ditahan setelah mengadakn solat berjemaah dan jamuan makan selepas solat Isyak, perkara yang dilarang ketika SOP PKP ketika ini.
Mereka yang ditahan telah diangkut menaiki kendeeaan polis Black Maria untuk dibawa ke balai polis berdekatan bagi diambil keterangan.
Semalam Exco Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin berkata, Kelantan mungkin cecah jumlah jangkitan Covid-19 melebihi 1000 orang bulan hadapan berpunca daripada kegagalan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh sambutan Aidilfitri lalu.
Ini termasuklah mengadakan aktiviti keagamaan solat berjemaah di masjid dan surau secara sorok-sorok meskipun dilarang buat masa ini.