Gempar!!! [VIDEO] Penerima suntikan vaksin dipaksa beli ‘face shield’, CITF anggap isu selesai

Gempar!!! [VIDEO] Penerima suntikan vaksin dipaksa beli ‘face shield’, CITF anggap isu selesai

Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) memberi jaminan orang ramai tidak lagi diwajibkan membeli pelindung muka ketika ingin memasuki Pusat Konvensyen Bangi Avenue (BACC), iaitu salah satu pusat pemberian vaksin (PPV) di Selangor.

Perkara itu dibangkitkan seorang pengguna Twitter @JasonT9380, yang mendakwa satu pelindung muka dijual pada harga RM10.

CITF berkata perkara itu telah “diselesaikan” malam tadi tetapi tidak mengulas lanjut tentangnya.


Ia menyebabkan ramai pengguna Twitter lain mendesak agar ada pihak yang dipertanggungjawab dan mereka yang telah pun membelinya diberikan semula wang mereka.

Sejumlah pengguna Twitter juga mendesak CITF agar mengulas lanjut tentang apa yang dimaksudkannya sebagai “diselesaikan”.

Menurut mereka, apa yang berlaku di BACC dan tiadanya penjelasan lanjut oleh CITF hanya akan menghakis keyakinan orang ramai terhadap Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick).

CITF pada masa ini bergelut dengan isu persepsi setelah beberapa rakaman video yang mendakwa petugas menyuntik picagari kosong disebar di media sosial.

Selain itu, turut timbul dakwaan bahawa sistem temu janji vaksin boleh disalah guna dan membawa kepada penjualan temu janji vaksinasi.

Sumber – Malaysiakini