Gempar!!! [VIDEO] Saarani bakal umum rombakan portfolio Exco dalam tempoh terdekat

Gempar!!! [VIDEO] Saarani bakal umum rombakan portfolio Exco dalam tempoh terdekat

Inilah situasi persidangan DUN Perak baru-baru ini. Sungguh memalukan apabila terpaksa menonton sesi penggulungan perbahasan melibatkan Exco Kesihatan Oetak, Akmal Kamaruddin, antara Exco yang menjadi tumpuan dalam sidang Dun kali ini terutamanya berkaitan Covid-19.

Namun harapan rakyat menyaksikan penggulungan yang berkualiti tersasar jauh. Sudahlah penggulungan perbahahasannya hanya bergantung kepada teks semata-mata, lebih memalukan dia juga gagal langsung menjawab persoalan mudah yang dibangkitkan dalam soalan celahan pembangkang.

Sepatutnya tugasnya sebagai Exco kerajaan negeri lebih memudahkannnya mendapatkan segala.maklumat berkaitan portfolionya, terutama dalam hal Covid-19 yang sudah tentu melibatkan data dan statistik. Arah sahaja pengarah kesihatan negeri sediakan laporan, sudah tentu mampu disediakan dalam tempoh pantas.

Jika sekadar bergantung dengan keupayaan sendiri, semua tahu bekas Ketua Pemuda Pas ini tiada pencapaian menarik pun hendak dibanggakan selama ini. Memimpin pemuda dengan imej paling lemah, hanya bersandarkan dengan statusnya sebagai menantu presidn PAS.

Jadi bila dah diberi peluang menjadi Exco, tolonglah lakukan sedikit usaha memantapkan hujah dan idea kamu. Jangan lagi gunakan mainan emosi kereta rosak lah, tayar kereta dah keluar dawailah, semata-mata bertujuan memancing simpati rakyat. Masa jadi pembangkang dulu bolehlah yop.