Gempar! Video tular RELA jawab tuduhan ustaz popular panggil frontliner ‘anak haram’

Gempar! Video tular RELA jawab tuduhan ustaz popular panggil frontliner ‘anak haram’

Apabila tular potongan video memaparkan seorang ustaz selebriti di utara tanah air yang di tuduh menghina RELA.

Pihak Rela Seberang Perai Utara mengambil sikap tabaiyyun dan husnuzon dengan menganggap ustaz berkenaan sekadar bergurau atau “melawak kasaq” mengikut bahasa utara.

Kami yakin watak dalam ceramah itu tidak wujud. Hanya sekadar penyedap ceramah dan penarik perhatian pendengar meskipun sahabat sahabat RELA negeri lain ramai yang merasa terhina dan mula menyerang akaun media sosial ustaz berkenaan.

Walaubagaimana pun apabila ustaz ini menerbitkan video kononnya penjelasan insiden berkenaan pihak Rela SPU terpaksa mengambil langkah proaktif menyediakan video hujah balas ke atas tuduhan yang dilemparkan.

Hal ini kerana dalam video berkenaan ustaz ini menuduh anggota RELA dipercayai anggota SPU itu bersikap biadap dan menyalah guna kuasa dengan memeriksa cukai jalan serta lesen memandu.

Tidak cukup dengan itu ustaz ini mendakwa kejadian ini disaksikan oleh pegawai polis yang kemudiannya memohon maaf bagi pihak anggota RELA berkenaan.

Ironisnya fakta yang diberikan oleh ustaz ini saling bercanggah dan keraguan melebihi munasabah.

Saksikan sendiri hujahan balas video yang kami anggap penuh rekaan dan semata mata untuk melepaskan diri dari tuduhan menghina Jabatan Sukarelawan Malaysia itu.

Pada kesempatan ini RELA Daerah SPU mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga RELA yang berdiri teguh membidas perbuatan ustaz ini terutamanya pegawai dan angggota RELA Negeri Perak serta negeri negeri lain yang lantang mempersoalkan tindakannya.

#SetiaBerbakti
#UstazSerangKamiTerang
#BiarCoriangDiMukaJanganCoriangDiHati