Gempar!!! [VIDEO] Tular video didakwa Ketua Serikandi Bersatu Perlis sedang gembira berdangdut ketika PKP
![Gempar!!! [VIDEO] Tular video didakwa Ketua Serikandi Bersatu Perlis sedang gembira berdangdut ketika PKP Gempar!!! [VIDEO] Tular video didakwa Ketua Serikandi Bersatu Perlis sedang gembira berdangdut ketika PKP](https://negaramerdeka.com/wp-content/uploads/2021/07/20210725_191108.jpg)
Ketika negara berdepan saat kritikal lonjakan kes Covid-19 sehingga memasuki angka 17 ribu orang, negara digemparkan dengan satu klip video memalukan melibatkan pimpinan sebuah parti kerajaan Perikatan Nasional.
Menurut pengguna media sosial, video tular iatu dipercayai dirakam dalam satu program di sebuah hotel yang turut dihadiri oleh Ketua Serikandi Negeri Perlis, Puan Azura Bt. Adnan.
Walaubagaimanapun, tarikh sebenar rakaman masih belum dapat diketahui. Namun melalui rakaman video tersebut, program dipercayai berlangsung sepanjang tempoh PKP memandangkan terdapat sesetengah pesertanya kelihatan memakai pelitup muka.
Seperti yang telah maklum bahawa kerajaan ketika ini telahpun melaksanakan arahan SOP termasuk melarang sebarang aktiviti bersemuka ketika PKP manakala pelaku yang didapati bersalah boleh dikenakan kompaun.
Video tersebut turut dikongsikan di laman rasmi Najib Razak. Sehingga kini, perkongsian video tersebut ditonton seramai 1.4 juta pelayar, mendapat lebih 40 ribu reaksi, 26 ribu komen dan dikongsi kembali sebanyak 10 ribu kali.
Netizen dengan nada kesal menganggap perbuatan yang jelas melanggar arahan SOP tersebut sesuatu yang sangat memalukan tambahan individu yang terlibat terdiri dari kalangan pemimpin pari kerajaan Perikatan Nasional sendiri.
Malah menurut netizen lagi, perlakuan tersebut seolah mengundang murka ALLAH swt ketika pandemik Covid-19 semakin tidak mampu lagi dikawal kerajaan ketika ini.
Sementara itu, ketika menjengah laman media sosial pimpinan sekutu Bersatu dari parti Pas pula tidak kelihatan respon yang menyentuh kes tersebut. Sikap berdiam diri Pas selepas menjadi kerajaan sering kali mendapat teguran dari ahli yang marah dengan sikap pimpinan mereka yang tidak sevokal dahulu berdepan dengan perkara maksiat.
Untuk makluman, kejadian melibatkan pimpinan kerajaan Perikatan Nasional terutamanya dari Bersatu bukanlah kali lertama berlaku, malah semakin galak pula mutakhir ini.
Sehingga kini masih tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak yang didakwa.