Gempar!!! YB Hensem dedah sebuah koperasi bermodal RM4,000 dapat tanah 200 ekar
Kepada:
YAB Dato Mb,
Yb Exco2, Yb Ex Officio, YB2.
Perkara : Aduan Berkaitan Kelulusan 200 ekar Tanah Milik SADC Di Tg Piandang, Dun Titi Serong.
Merujuk perkara di atas, saya ingin membuat aduan dan perhatian kepada YAB MB selaku Pengerusi SADC dan juga YB2 ahli lembaga pengarah SADC berkaitan 1 kelulusan tanah milik SADC seluas 200 ekar yang diberikan kepada sebuah Koperasi yang baru didaftarkan pada JUN 2020 dengan modal berbayar HANYA RM4000 shj.
Tarikh kelulusan daripada SADC pada 1 November 2020, sedangkan koperasi didaftarkan secara rasmi pada Jun 2020 dengan modal berbayar HANYA RM4000 sahaja dengan dianggotai 6 orang ahli lembaga koperasi.
2. Persoalan saya di sini sabagai Adun kawasan, adakah pihak SADC telah membuat “due diligence” latar belakang koperasi ini dari segi :
a. keupayaan teknikal koperasi
b. pengalaman koperasi atau mana-mana ahli lembaga dalam bidang agriculture.
c. sumber modal kewangan yang membolehkan projek ini dimajukan dengan modal berbayar yang HANYA RM4000.
2. Saya mewakil penduduk di kawasan tersebut yang rata-rata mereka adalah nelayan pantai yang mencari makan dengan menangkap ketam nipah di kawasan seluas 200 ekar tersebut. Mereka sebelum ini telah terbeban dengan pencerobohan pengusaha2 kolam udang milik tokey cina yang telah menjangkaui ratusan ekar di sepanjang pesisiran pantang Tanjung Piandang. Tiada apa manfaat pun yang diterima nelayan melayu di situ dengan projek kolam ikan dan udang yang telah berada hampir puluhan tahun. Malah mereka pula tertekan kerana kerosakan ekosistem dan habitat ketam yang makin berkurangan.
3. Persoalan saya sangat jelas, kenapa perlunya diluluskan tanah seluas 200ekar kepada koperasi yang bernilai RM4000. Saya difahamkan koperasi perlu membayar premium tanah hampir RM1 juta. Belum lagi diambil kira kos pembinaan infra. Daripada pengalaman saya, sudah tentu ada pihak ketiga iaitu tokey Cina yang akan menampung kos2 ini dan seterusnya tokey yang sama akan MENGUASAI PROJEK ALI BABA ini.
4. Saya tidak menghalang mana-mana projek untuk manfaat bersama tetapi biarlah ianya melibatkan pihak yang benar-benar ada kemampuan yang telah membuktikan projek yang berjaya diusruskan sebelum ini.
5. Saya tahu ada Yb exco yang mengambil kesempatan menggunakan nama-nama orang kampung untuk menubuhkan Koperasi tersebut dan saya lebih tahu siapa ahli lembaga koperasi yang saya kira langsung tiada pengalaman dalam bidang agriculture apatahagi melibatkan aset kerajaan negeri yang bernilai jutaan ringgit. Jangan kerana ingin mengejar kekayaan sekelip mata tetapi menggadaikan aset tanah yang menjadi tempat nelayan pantai mencari makan yang keluar seawal subuh, pulangnya di tengah hari terik panas tapi hasilnya tidak seberapa sebelum hari2 yang lain kerana punca utama rezeki telah dirobek sang penguasa yang lupa diri.
6. Saya amat berharap YAB MB dapat memberi perhatian berkaitan aduan saya ini. Jika boleh dipertimbangkan semula untuk diberikan kelulusan hanya 50 ekar dahulu berdasarkan latar belakang koperasi tersebut. Jika mereka berjaya uruskan projek ternakan ikan, koperasi boleh memohon untuk menambahkan lagi keluasan tanah.
7. Kerajaan sentiasa peka dengan mana-mana cadangan projek yang boleh menjana pendapatan tetapi biarlah rasional dengan keupayaan pemohon. Jangan nanti, bila projek tergendala, kerajaan juga yang akan terpalit dan menanggung kerugian seperti mana projek yang lepas.
Saya merayu dengan penuh pengharapan agar YAB MB serta ahli lembaga pengarah SADC dapat meneliti semula kelulusan ini. Selamatkanlah satu-satunya aset GLC yang berada di pinggiran laut Kerian yang bernilai besar dan berpontensi ini jika kalian ada rasa tanggung jawab kepada negeri.
Salam hormat.
Yang menjalankan Amanah,
Yb Hasnul Zulkarnain
Adun Titi Serong
20 Mei 2021