Gempar!!! Zaharin dakwa Najib ada isteri selain Rosmah
Ramai sangat orang tanya saya, kenapa saya marah sangat Najib Razak.
2. Jawapan kerana BN kalah di sebabkan perangai Najib Razak dan bini dia Rosmah Mansur saya menjadi susah. Meneruskan kehidupan kena gadai barang kemas bini
3. Turun naik menara Marinara jumpa Polis dan pejabat SPRM Putrajaya kerana ada terima wang IMDB..Tapi atas nama BN dan kepentingan UMNO.
4. Akaun peribadi Maybank dan BSN saya di bekukan oleh BNM atas arahan SPRM selama 2 tahun kerana siasatan SPRM/PDRM.
5. Mana dia dua pegawai yang dia kaya rayakan Khairul Anas dan Khairul Aseh yang menasihat dia jangan berjumpa saya. Kenapa di dengar cakap dua ekor ini.
6. Menggunakan Laskar Upahan MYkmu menyerang secara peribadi yang dia bayar jutaan ringgit kepada kumpulan ini. Di mana Setiausaha Akbar dia bersekongkol.
7. Itu sebab saya kena membuka wajah sebenar Najib Razak. . Dan dia Najib Razak sebenarnya pemimpin yang hipokrit. Sampai kini tidak mengaku kahwin lain.
8. Kenapa dia tidak mahu nafikan tuduhan Roslan Darus yang dia ada berkahwin wanita Kampong Bharu. Saman sivil kepada Roslan Darus, saya boleh jadi saksi.
9. Kita (UMNO dan Melayu) akan masuk kedalam lubang kali kedua lagi. Jika Melayu bodoh masih menyanjung dia sebagai ‘bossku’.
10. Orang lain dalam UMNO kena di rehatkan bila sahaja tuduhan di baca dalam Mahkamah. Tapi Najib Razak masih kekal sebagai Ketua UMNO Bahagian Pekan..
Saya mengharapkan rayuan dia tolak oleh Mahkamah Rayuan dan dia masuk Sungai Buluh, supaya UMNO dan bangsa Melayu dan Negara Malaysia selamat selamanya dengan ketiadaannya.
Ini adalah antara sebahagiannya. Soal pakai bomoh itu akan saya cerita nanti.