Gempar!!! Zahidi dakwa 2 MP PKR akan keluar parti sokong Muhyiddin

Gempar!!! Zahidi dakwa 2 MP PKR akan keluar parti sokong Muhyiddin

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Zahidi Zainul Abidin mendakwa akan ada dua lagi Ahli Parlimen daripada PKR menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata, ini menjadikan tiga Ahli Parlimen PKR menyokong kerajaan, termasuk Ahli Parlimen Kuala Langat, Xavier Jayakumar yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin pada Mac lalu.

Bagi BN pula katanya, seramai 40 Ahli Parlimen telah menandatangani akuan berkanun mengisytiharkan sokongan kepada Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Katanya juga, pendedahan itu menafikan dakwaan pembangkang bahawa kerajaan telah hilang majoriti.

“Tidak ada masalah sokongan terhadap perdana menteri dengan PKR ada pertambahan tiga lagi Ahli Parlimen yang sokong Muhyiddin (termasuk Ahli Parlimen Kuala Langat),” katanya dalam sidang media di pejabatnya yang disiarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Zahidi berkata, Umno juga sedang mengadakan rundingan dengan tiga Ahli Parlimen sama ada mahu menyokong Muhyiddin atau tidak.

Katanya, hanya seorang ahli Umno, Tengku Razaleigh Hamzah tidak menyokong Muhyiddin.

“Kita tengah adakan rundingan dengan tiga lagi Ahli Parlimen sama ada nak sokong atau tidak Muhyiddin, dengan Tengku Razaleigh (Ahli Parlimen Gua Musang) tidak menyokong,” katanya.

Zahidi berkata, sehingga hari ini, kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih lagi stabil dan didokong oleh majoriti Ahli Parlimen daripada PN, BN serta rakan-rakan dari Sarawak dan Sabah.

“Demonstrasi yang diadakan di Dataran Merdeka semalam sebagai percubaan untuk mengalihkan perhatian bagi merebut kuasa untuk menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Sumber – FMT