Gerakan singkir MB Kedah sebagai ahli mesyuarat Majlis Kewangan Negara, Sanusi dakwa Sultan Kedah terlibat?

Gerakan singkir MB Kedah sebagai ahli mesyuarat Majlis Kewangan Negara, Sanusi dakwa Sultan Kedah terlibat?

 

Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor sekali lagi tampil dengan kenyataan kontroversi selepas mendakwa ada usaha terancang menggantikannya dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Norizan Khazali untuk mewakili Kedah dalam Majlis Kewangan Negara.

Bagaimanapun, beliau mengakui tidak mempunyai bukti untuk menyokong dakwaan itu kerana gerakan berkenaan belum menjadi realiti.

“Saya bercakap sebelum benda ini berlaku dan saya tak boleh biarkan perkara seperti ini berlaku. Kalau orang minta bukti memanglah tiada sebab gerakan ini belum menjadi realiti,” katanya, memetik Berita Harian.

Namun tindakannya membuat pendedahan tanpa bukti sahih itu ternyata akhirnya menjerat dirinya sendiri.

Ini selepas seorang peguam terkenal mendakwa kuasa melantik wakil kerajaan negeri ke mesyuarat Majlis Kewangan Negara adalah kuasa mutlak Sultan Kedah.

Perkara tersebut diterangkan panjang lebar oleh peguam tersebut di dalam satu hantaran FB miliknya sebentar tadi.

YAB MB Sanusi ini tak tau lah manusia jenis macam mana. Lazimnya kalau orang itu MB dia akan jaga mulut elok elok. Kang nanti ada yang kena cabai nanti merah bibir.

Kuasa untuk hantar wakil negeri ke Majlis Kewangan Negara adalah kuasa Tuanku Sultan. Bukan mu boleh pandai pandai kata ada orang hasut Tuanku nak hantar sapa. Ingat Tuanku tu lekeh sangat ka sampai mudah dihasut orang lain. Hangpa mesti tak reti baca Perkara 108 Perlembagaan Persekutuan ini.

Hangpa kena sedaq sikit Tuanku tu lagi bijaksana. Penasihat Tuanku tu Pegawai Undang-Undang Negeri. Tuanku juga ada institusi sendiri. Ada pejabat sendiri. Ada pegawai sendiri.

Yang Hangpa duk kata gitu kat Tuanku seolah olah Hangpa dah pandang rendah kepada kebolehan Tuanku.

Hangpa dilantik dulu jadi MB pun atas ehsan Tuanku. Cara hangpa cakap tu seolah olah hangpa lagi besaq daripada Tuanku.

Kalau Tuanku tengok hangpa duk asyik cari gaduh dengan Federal memang eloklah Tuanku hantar orang lain pi bincang elok elok dengan PM10.

Majlis Kewangan Negara ini tempat semua negeri duk bincang berapa peruntukan tahunan negeri boleh dapat. Ada 8 benda penting yang boleh dibawa dalam majlis ini.

Jadi MB ini ada had kuasa dalam Undang-Undang Tubuh Negeri. Jangan hangpa duk suka hati langgaq pulak sampai kuasa Tuanku pun hangpa jadikan Pertikaian Nasional.