Geram melihat isteri semakin montok, Shuk ingatkan Sera jangan terlalu cantik

Geram melihat isteri semakin montok, Shuk ingatkan Sera jangan terlalu cantik

Keretakan hubungan rumah tangga pelawak terkenal, Shuk Sahar dan isterinya, Rossa Sera bukan lagi rahsia apabila kisah mereka pernah beberapa kali mendapat liputan media.

Malah, punca perbalahan pasangan ini dikatakan berpunca daripada gangguan pihak ketiga.

Namun, adakah perkongsian terbaru Sera di IG petanda mereka berdua bakal bersatu semula?

Sera dilihat sempat mengucapkan terima kasih kepada Shuk berserta emoji love dan menceritakan anak-anaknya iaitu Ain dan Amy turut gembira.

Menerusi semakan menerusi Instastorynya, Sera sempat berkongsi beberapa tangkap layar mesej daripada seorang individu yang dipercayai Shuk Sahar.

Mesej itu memberi gambaran invididu tersebut memohon maaf atas apa yang terjadi kepadanya dan meminta peluang supaya mereka kembali bersatu.

MESEJ DARIPADA SHUK KEPADA SERA

I minta maaf. Masih ada peluang ke untuk kita bersatu balik?

You dalam tempoh ini. Kalau boleh jangan lah buka hati you dulu untuk orang lain ye.

Mengulas lebih lanjut, individu berkenaan sekali lagi memohon maaf jika permintaannya dianggap ‘keterlaluan’ dan meminta supaya Rossa tidak melayan individu yang tidak dikenali.

I minta maaf kalau apa i minta ini macam selfish (pentingkan diri).

By the way, jangan makin cantik sangat. Jangan nak melayan direct message orang.

Untuk rekod, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada tahun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Sebelum ini, Rossa mendedahkan dia sudah sebulan tidak tinggal sebumbung dengan Shuk dan berada dalam proses untuk failkan penceraian.

Sementara itu, Sera turut berkongsi video perubahan dirinya selepas berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10kg.

Melihatkan perubahan bentuk badannya yang semakin mantap, maka tidak hairanlah ianya menimbulkan kebimbangan buat Shuk.

Haaa, baru kau ada akai Shuk.

Sumber – Oh!Bulan