Geram pasar raya tak bagi plastik, tindakan lelaki ini aniaya staf teruk dikecam netizen

Geram pasar raya tak bagi plastik, tindakan lelaki ini aniaya staf teruk dikecam netizen

 

Sejak beberapa tahun belakangan ini, sudah banyak pasar raya menyahut kempen tiada beg plastik dalam usaha mengurangkan sisa plastik di negara ini.

Justeru, pembeli disarankan bawa beg sendiri dan ada segelintir tidak kisah jika dikenakan caj untuk satu beg plastik.

Namun, kisah seorang individu yang berkongsi cerita dan pengalamannya membeli barang di sebuah pasar raya telah mengundang kecaman netizen.

Pasar raya tak sediakan beg plastik

Seorang pengguna Facebook menerusi GroupB40 Buat Perangai Apa Harini mendakwa pasar raya yang dikunjunginya tidak menyediakan beg plastik untuk pelanggan membawa pulang barang-barang yang dibeli.

Lead 1 1

Tambahnya lagi, dia membeli barangan basah seperti ayam dan ikan dan beberapa barang keperluan lain yang mana kosnya mencecah lebih RM300.

Apabila hendak membuat pembayaran di kaunter, diketahui pasar raya terbabit tidak menyediakan beg plastik.

Disebabkan tiada beg plastik disediakan, dia mendapat idea untuk mengelak dan melarikan diri daripada membayar barang yang dibeli.

“Selepas ke kaunter dia scan keseluruhannya dan tolak tepi (barang) lalu minta saya buat bayaran. Saya kata macam mana nak bawa balik tak ada plastik? Dia kata memang tak bagi plastik.

“Saya kata okay sekejap. Saya ambil bakul dekat kereta. Dia kata bayar dulu boleh encik? Sebab belakang tu ramai orang beratur nak bayar. Kalau boleh tak nak tunggu,” tulisnya.

Dia kemudian mencipta alasan tertinggal wang di dalam kereta dan ‘terpaksa’ meninggalkan barangan dibeli di atas kaunter.

“Saya berlari-lari anak pergi dekat kereta terus tinggalkan mart dia sebab tak bagi saya plastik. Tak kan saya nak support perniagaan kedekut.

“Terpaksalah ayam dan ikan yang dipotong tu mereka letak balik dekat kawasan lauk,” katanya berpuas hati dengan tindakannya.

Hasut rakan lain buat taktik sama

Malah, individu ini turut menghasut rakan-rakan lain supaya melakukan perkara sama untuk memberi ‘pengajaran’ kepada pasar raya itu.

Mendakwa taktik tersebut berjaya selepas hari ketiga pasar raya itu menggantung banner tidak menyediakan plastik.

“Hari ketiga saya tengok dia gantung banner tulis ‘Di sini tidak menyediakan plastik’. Masa tu saya tengok orang dah berkurang masuk mart (pasar raya) dia. Padan muka,” katanya lagi.

Screenshot 2023 08 14 132655

Dia juga mengatakan mahu melakukan perkara sama terhadap kedai lain yang tidak menyediakan plastik kepada pelanggan.

Bagaimanapun, perkongsian individu ini mendapat kecaman ramai apabila rata-ratanya berang dengan tindakannya.

Netizen berpendapat bahawa individu ini mempunyai masalah hati sehingga sanggup mengajak orang lain melakukan perkara sama.

Screenshot 2023 08 14 132853

Jadinya, kita sebagai pembeli kenalah standby bawa beg simpanan kemana-mana lepas ni…