Gigih jual biskut di IG live, ramai sebak tengok Shuhada hadapi dugaan

Gigih jual biskut di IG live, ramai sebak tengok Shuhada hadapi dugaan

Tindakan isteri pelakon kontroversi, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada membuat penjualan biskut yang baru dilancarkan mengundang rasa sebak dalam kalangan pengikutnya di laman Instagram.

Menerusi satu sesi siaran langsung, wanita berusia 29 tahun itu gigih mempromosikan perniagaan biskut di bawah jenamanya iaitu ‘Satu Tak Cukup Shelup Shelup‘ sehingga meraih ribuan tontonan netizen.

 

Siaran langsung hampir sejam itu turut disertai pelakon Mawar Rashid dan suaminya, Raf Yaakob yang memberikan kata-kata semangat selain menawarkan diri untuk membantu dari segi menjalankan perniagaan dengan berjaya.

Malah, sekali sekala kelihatan juga dua orang cahaya mata Shuhada iaitu Humairah dan Umar yang menceriakan dan memeriahkan lagi siaran langsung berkenaan.

 

Meninjau di ruangan komen, ramai terutama golongan wanita meluahkan rasa sebak apabila melihat kesungguhan Shuhada dalam mencari rezeki bagi membesarkan anak-anak.

Tidak kurang ada juga segelintir individu berharap wanita terbabit terus kuat walaupun telah melalui pelbagai episod duka dalam rumah tangga sejak kebelakangan ini.

Jom bantu Shu bangkit semula

Sedih pula tengok.. moga awak kuat!

Teringat Intan Saleh dulu, sama macam Shu

Buktikan boleh bahagia tanpa dia

Moga dilimpahkan rezeki

Kalau terjadi pada saya, tak tahu kuat macam Shu ke tak

Terdahulu, Hafidz didakwa beberapa kali menumbuk Shuhada sehingga terpaksa menerima 10 jahitan akibat kecederaan pada bahagian bawah mata dalam satu kejadian di dalam kereta di R&R Sungai Buloh.

Susulan kejadian tersebut, pelakon berusia 29 tahun itu dilaporkan akan dihadapkan ke Mahkamah Kuala Kubu Baharu, Selangor esok.