Giliran artis wanita Melayu ini berkongsi aksi didukung manja lelaki bukan mahram di dalam drama lakonan terbarunya

Giliran artis wanita Melayu ini berkongsi aksi didukung manja lelaki bukan mahram di dalam drama lakonan terbarunya

PERKONGSIAN video di TikTok Shaza Bae memperlihatkan aktres itu didukung oleh aktor Nadhir Nasar mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

.
Rata-rata netizen mempersoalkan tindakan Nadhir dan Shaza yang turut disamakan dengan isu aktor Zul Ariffin melakonkan babak panas.

Terbuka menerima kecaman dan kritikan netizen, Shaza atau nama sebenarnya Shaza Nuriman Mohamad Zamri, 26, menjelaskan dia hanya ingin berkongsi rakaman di sebalik penggambaran babak tersebut.

Antara komen yang kecam Shaza dan Nadhir.

“Saya dan Nadhir ada membaca komen-komen netizen yang kecam kami. Tapi tak jangka orang akan marah sebab saya hanya nak tunjuk behind the scene saja.

“Bagi saya, video itu jauh sekali dengan isu Zul Ariffin. Saya terbuka dan terima semua komen kritikan dan kecaman. Kami tak ada rasa sedih atau rasa apa-apa.

“Cuma kami rasa kelakar apabila baca semua komen sebab tak jangka orang akan respons begitu,” kata Shaza ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Video Nadhir mendukung Shaza sehingga ‘off camera’ itu merupakan rakaman di sebalik tabir salah satu babak drama lakonan mereka berjudul Nusyuz Berkiblat Cinta.

Saya pun tak ada keberanian nak buat adegan panas yang melampau.

Menerusi kapsyen di perkongsian tersebut, Shaza memberitahu babak Nadhir mendukungnya tidak terdapat di dalam skrip.

Menurut Juara Dewi Remaja 2019/2020 itu, Nadhir menambah baik babak tersebut bagi menjiwai wataknya dan ia juga diterima oleh pengarah drama tersebut.

Bagaimanapun, Shaza menjelaskan biarpun dia terbuka untuk melakonkan babak seperti itu namun tetap mempunyai batasan dalam lakonannya.

“Ikutkan sebelum ini pun ada juga babak angkat macam itu. Memang dalam skrip tak ada pun babak Nadhir angkat saya tapi dia improvise berdasarkan apa yang dia rasa.