“Good bye Lambo” – Aeril Zafril jual Lamborghini Aventador, bakal salur hasil jualan ke Palestin

“Good bye Lambo” – Aeril Zafril jual Lamborghini Aventador, bakal salur hasil jualan ke Palestin

Usahawan dan pelakon terkenal, Aeril Zafril menarik perhatian ramai apabila merakamkan momen terakhirnya bersama kereta kesayangannya, Lamboghini Aventador.

Menerusi kemaskini di Instagram story miliknya, dia menyatakan sebahagian hasil jualan kereta tersebut akan disumbangkan kepada Palestin.

Kereta jenis Lamboghini Aventador tersebut merupakan pemberian isterinya dan menurutnya kereta tersebut jarang digunakan.

“Good bye lambo. Jarang sangat pakai kereta ni. Jual jerla.

“Insya-Allah sebahagian hasil ni kita derma kat Palestin,”tulisnya.

Dalam pada itu, Aeril turut menyeru kepada kepada pengikutnya untuk sama-sama menyumbang dana kepada Palestin.

Isu mengenai ketegangan yang berlaku di Palestin ketika ini menarik ramai selebriti untuk menyatakan solidariti kepada mangsa-mangsa di Palestin.Bukan hanya menghulurkan sumbangan, ramai selebriti dan pempengaruh berani tampil menyuarakan sokongan mereka kepada Palestin.