Gotong royong AEON Big bersihkan Pantai Remis, berat sampah yang terkumpul buat semua tidak percaya

Gotong royong AEON Big bersihkan Pantai Remis, berat sampah yang terkumpul buat semua tidak percaya

SETIAP individu memainkan peranan penting untuk alam sekitar kekal terpelihara dalam usaha membina masa depan lebih baik buat generasi akan datang.

Selain sikap orang awam, kerjasama dalam sesebuah komuniti turut menjadi tunjang dalam memastikan keharmonian alam sekitar dapat dikekalkan demi kelangsungan hidup pada masa hadapan.

Memahami kepentingan tersebut, Kelab Sukan dan Rekreasi AEON BiG dengan kerjasama syarikat perusahaan sosial dan persekitaran, Impactlution serta Majlis Perbandaran Kuala Selangor tampil menganjurkan “Hari Pembersihan Pantai”.

Memetik Berita Harian, aktiviti yang diadakan di Pantai Remis, Kuala Selangor pada 28 Disember lalu dihadiri oleh 73 kakitangan AEON BiG yang diketuai oleh Pengarah Urusan, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed.

Sheikh Farouk teruja menyokong idea tersebut yang dicadangkan oleh kakitangannya kerana berpendapat AEON BiG perlu memainkan peranan aktif dalam pembinaan sesebuah komuniti.

“AEON BiG bukan sekadar pasar raya sahaja dan kami amat bangga untuk membawa impak positif dalam kalangan komuniti,” – Sheikh Farouk

.

Tambah Sheikh Farouk, acara seperti ini akan memupuk semangat berpasukan yang hebat di antara kakitangan AEON BiG tanpa mengira pangkat terutamanya apabila bekerjasama ke arah matlamat yang sama.

Staf AEON BiG berjaya membersihkan kawasan seluas kira-kira satu kilometer di sepanjang bahagian berpasir dan berbatu di Pantai Remis, yang popular dengan pengunjung terutama pada hari hujung minggu.

Sebanyak 160.5 kilogram sisa sampah dikutip yang mana 91 peratus daripada sisa itu terdiri daripada bahan plastik.

“Kami ingin membawa pulang mesej bahawa kita hanya mempunyai satu bumi untuk didiami dan ia adalah tanggungjawab kita untuk memeliharanya”

.

Shila turut menyatakan Kelab Sukan dan Rekreasi AEON BiG akan merancang lebih banyak program dan aktiviti yang berasaskan komuniti di masa hadapan memandangkan sambutan positif dan menggalakkan dalam kalangan kakitangan.