Gubah wang haram, Addy Kana dihadap ke mahkamah hari ini

Gubah wang haram, Addy Kana dihadap ke mahkamah hari ini

Zaidi Kanapiah atau popular dipanggil Datuk Addy Kana akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini membabitkan kes pengubahan wang haram yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dua tahun lalu.

Ahli perniagaan itu dibawa ke mahkamah selepas dia gagal melaporkan transaksi yang dikaitkan dengan elemen rasuah.

Sumber memberitahu Utusan Malaysia, selain pendakwaan, SPRM juga dalam proses melucutkan harta-harta milik Addy yang dianggarkan bernilai RM1 juta.

Sebelum ini, pada 9 Disember 2021 yang lepas, kerajaan telah berjaya melucut hak hartanya bernilai RM1.4 juta selepas Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan pendakwaan untuk mendapatkan penghakiman ingkar terhadap lelaki itu selepas gagal membayar tunggakan cukai pendapatan.

Kerajaan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) membuat permohonan tersebut selepas Addy Kana atau nama sebenarnya Zaini Kanapiah gagal memasukkan kehadirannya dalam tuntutan tunggakan cukai tersebut.