Gudang Elrah Exclusive terbakar, pengasas tawar RM100k jika jumpa pengkhianat

Gudang Elrah Exclusive terbakar, pengasas tawar RM100k jika jumpa pengkhianat

Pengasas kepada perniagaan jenama Elrah Exclusive iaitu El Azman mendedahkan dia akan memberi ganjaran berjumlah RM100,000 untuk individu yang berjaya menjumpai pengkhianat yang telah membakar gudang Elrah Exclusive.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Azman di laman TikToknya, dia telah berkongsi rakaman litar tertutup (CCTV) yang menjadi bukti kepada pengkhianat yang melakukan kebakaran tersebut.

 

@elazman

Container ke 28 dan 29 smpai Alhamdulillah @Elrah Exclusive 2023

♬ original sound – BuletinTV3 – BuletinTV3

“Tolong cari pelaku ini, Sass perlukan bantuan korang hari ini. Sass merayu! Saya nak bagi RM100,000 kepada sesiapa yang dapat jumpa pelaku yang cuba membakar warehouse Elrah saya,” ujarnya dalam video tersebut.

Malah, Azman meluahkan rasa kecewanya apabila individu terbabit tergamak melakukan kerja terkutuk tersebut walhal di situlah ramai yang sedang mencari sesuap nasi untuk menanggung perbelanjaan keluarga.

“Di sini ada beribu harapan orang. Di sini orang mencari punca rezeki, di sini ramai orang dapat manfaat. Kenapa dia tergamak cuba membakar dan menghancurkan cita-cita agent Elrah? Tergamak sungguh,” katanya.

Kena letak pengawal keselamatan lepas ini

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap nasib malang yang menimpa Azman dan berpendapat supaya Azman meningkatkan tahap keselamatannya di sekitar gedung berkenaan.

Semoga urusan dipermudahkan

Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar urusan untuk menangkap si pelaku tersebut dipermudahkan dan berharap keadilan memihak kepada Azman.