Guna kaedah lapuk, kerajaan berdepan kegagalan jangka panjang dalam perang menentang Covid-19
Perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) diumumkan di beberapa lokasi di Selangor dan Kuala Lumpur menunjukkan kerajaan gagal memperoleh data kukuh mengenai lokasi kes aktif.
Bekas timbalan menteri kesihata n Dr Lee Boon Chye berkata, selepas sekatan pergerakan penuh selama empat minggu, sepatutnya kes jangkitan menurun memandangkan orang ramai dilarang bergerak lebih 10km kecuali untuk membeli barangan keperluan harian.
Lee berkata, kerajaan tidak patut menghukum rakyat biasa sedangkan jelas tempat kerja yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
“Contohnya, di Selangor, kebanyakan kluster adalah dari kilang. Kenapa begitu? Kerana mereka tidak mematuhi SOP,” katanya.
Lee berkata, risiko terbesar sepatutnya dari hospital-hospital, namun kluster besar nampaknya tidak wujud dari situ.
“Ramai orang keluar masuk bangunan hospital, termasuk pesakit Covid-19, mereka yang disyaki dijangkiti, serta orang yang tidak tahu mereka penghidap Covid.
“Di Hospital Kuala Lumpur, mungkin lebih 10,000 orang sentiasa saja keluar masuk dari situ, namun tiada pula kluster dilaporkan,” katanya.
Lee berkata, kilang patut belajar daripada hospital dan mengamalkan pematuhan SOP ketat. Jika tidak, katanya, keluk Covid-19 tidak akan dapat dilandaikan.
Menteri Kanan Keselamatan Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan PKPD meliputi 34 mukim di Selangor dan 14 lokaliti di Kuala Lumpur selama dua minggu mulai Sabtu.
Berikutan itu, Lee berkata mengkritik keputusan meletakkan begitu banyak kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur di bawah PKPD, sebaliknya ia sepatutnya menyasarkan lokaliti tertentu.
Beliau turut mempertikaikan kenapa Negeri Sembilan tidak diletakkan bawah PKPD seperti, memandangkan purata kes harian berbanding penduduk sama antara dua negeri itu.
Sumber – FMT