Guna lagu latar ‘Aku Masih Sayang’, Syamsul Yusof ‘throwback’ percutian bersama Puteri Sarah

Guna lagu latar ‘Aku Masih Sayang’, Syamsul Yusof ‘throwback’ percutian bersama Puteri Sarah

 

Kisah rumahtangga pengarah terkenal Syamsul dan Puteri Sarah mendapat perhatian ramai.

Pengakuan bahawa dirinya sudah menikahi Ira Kazar di selatan Thailand sekaligus menjadikan Puteri Sarah dan Ira Kazar bermadu.

Masih ramai dilihat memberikan sokongan buat Puteri Sarah di atas kemelut rumahtangga dihadapinya ditambah dirinya sudah pun memfailkan perceraian untuk memuktamadkan kisah rumahtangganya.

Syamsul Yusof Throwback Percutian Bersama Puteri Sarah

Namun di sebalik dirinya yang dilihat  mulai move on, terbaru menerusi Tik Tok, Syamsul Yusof berkongsi gambar-gambar kenangan percutian keluarga ke Jepun ketika Syaikhul masih kecil berlatar belakangkan lagu Aku Masih Sayang nyanyian ST12.

Mungkinkah di hatinya masih mengharapkan ada jalan penyelesaian pada masalah rumahtangga dihadapinya?

Memetik laporan Gempak,  pergolakan rumah tangga Syamsul Yusof dan isteri pertama Puteri Sarah Liyana masih menemui jalan buntu selepas sang isteri memfailkan cerai pada Januari lalu.

Malah, Syamsul didakwa banyak melebihkan isteri keduanya, Ira Kazar selepas ketidakhadirannya ketika Puteri Sarah dan anak-anak berangkat ke umrah dipertikai.

Namun, terbaharu Syamsul menerusi akaun TikTok miliknya dilihat memuat naik semula video kenangan ketika bercuti di Jepun bersama Puteri Sarah dan anak pertamanya Syaikhul yang ketika itu masih bayi.

Guna Lagu Latar “Aku Masih Sayang”

Video berkenaan menunjukkan seolah-olah Syamsul memberi bayangan dia sedang rindukan isteri pertama dan kenangan sewaktu bersama.

Malah lagu “Aku Masih Sayang” daripada kumpulan popular Indonesia ST12 dijadikan muzik latar video tersebut.

“Aku sungguh masih sayang pada mu, jangan sampai kau meninggalkan aku,” bait-bait dari potongan lagu tersebut yang dimuat naik.

@syamsulyusoffilm

The most beautiful memories

♬ bunyi asal – Syamsulyusoffilm – Syamsulyusoffilm

Menerusi video berkenaan Syamsul tengah bergembira di meja makan sebuah restoran di sana sambil anaknya sedang berada di kereta sorong.

Bagaimanapun, Syamsul telah menutup ruangan komen di video TikTok berkenaan yang setakat ini sudah mendapat tanda suka hampir 2,000.

Terdahulu, nama pelakon Puteri Sarah menjadi perhatian ramai gara-gara krisis yang melanda dalam rumah tangganya bersama dengan pengarah popular, Syamsul Yusof yang telah bernikah dengan seorang wanita bernama Ira Kazar.

Malah, Puteri Sarah juga telah bernekad dengan memfailkan penceraian kerana sudah tidak mahu memberi harapan terhadap rumah tangganya.