Guna WhatsApp je, cara remaja ini ‘apply’ kerja tapi biadap

Guna WhatsApp je, cara remaja ini ‘apply’ kerja tapi biadap

 

Nak mohon kerja kenalah ikut prosedur dan bersopan terutamanya apabila kita baru nak hantar emel sebab sebagai calon, kita semestinya mahu memberikan first impression yang baik kepada calon majikan kan.

Baru-baru ini, cara seorang remaja berusia 17 tahun memohon kerja di sebuah restoran telah menimbulkan perdebatan ramai.

Mesej melalui WhatsApp antara gadis tersebut dan seorang individu yang dipercayai adalah majikan telah tular di media sosial kerana gadis tersebut hanya memulakan perbualan mereka dengan perkataan ‘kerja’ tanpa memberi salam.

Majikan tersebut kemudiannya membalas mesej itu dengan memberi salam dan meminta gadis tersebut memperkenalkan diri.

Dia kemudiannya juga meminta pemohon kerja itu menghantar resume namun gadis itu mengatakan dia tidak memiliki resume.

Apabila caranya itu dipersoalkan oleh majikan, gadis itu mengatakan jawatan yang dimohon itu hanyalah part time sahaja

7

Tambahan pula, menurut gadis itu, pekerjaan yang dimohonnya itu hanyalah pelayan separuh masa sahaja dan bukannya jawatan professional seperti pegawai sumber manusia (human resources) atau akauntan.

Walaupun ramai yang tidak bersetuju dengan cara gadis itu menghantar mesej untuk memohon pekerjaan itu kerana dilihat tidak beradab, namun tidak kurang juga yang bersetuju dengan respon gadis itu yang menurut mereka resume tidak diperlukan untuk memohon kerja sebagai pelayan separuh masa di kedai makan.

3

4

5

Apa pula pendapat korang tentang isu ni?