Guru bikin gempar bakar kasut pelajar

Guru bikin gempar bakar kasut pelajar

Pelajar dan melanggar peraturan sekolah dianggap begitu sinonim . Bohonglah jika ada sekolah mengaku mempunyai pelajar yang berdisiplin 100%.

Begitulah yang berlaku terhadap beberapa pelajar di Indonesia yang dipercayai melanggar peraturan sekolah baru-baru ini akhirnya mengundang padah apabila seorang guru wanita bertindak membakar kasut mereka.

Video kejadian tersebut telah dikongsi oleh Fakta Indo di laman Instagram.

Menerusi video pendek dikongsi memaparkan seorang guru bertindak membakar beberapa pasang kasut dan kejadian tersebut turut disaksikan oleh para pelajar yang berada di tempat kejadian.

Difahamkan guru ini berbuat demikian berikutan beberapa orang pelajar yang dipercayai melanggar peraturan tidak memakai kasut berwarna hitam dan berstokin putih pada hari Selasa.

Guru ini membakar kasut pelajarnya kerana mereka melanggar peraturan sekolah iaitu pada hari Selasa mereka perlu memakai kasut hitam dan berstokin putih, tetapi pelajar tidak mematuhinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat kurang bersetuju dengan tindakan yang diambil dan mencadangkan denda yang lebih bersesuaian.

Menurut saya jangan dibakar, membazir sebab beli pakai duit. Sepatutnya suruh mereka balik.

Maaf cikgu, sepatutnya jangan bakar. Kasut itu kan boleh dipakai di luar sekolah. Kesian juga dekat ibu bapa mereka.

Ini tindakan yang keterlaluan.

Sumber – Oh!Bulan