Guru cipta kelainan, tagih resepi kejayaan ‘mat rempit’ untuk dikongsi anak murid

Guru cipta kelainan, tagih resepi kejayaan ‘mat rempit’ untuk dikongsi anak murid

Sekitar beberapa bulan lalu, nama Haqiem Stopa telah mendapat perhatian media selepas dia diberi kesempatan bertemu dengan Timbalan Menteri Perpaduan, Wan Ahmad Fayhsal.

Mana tidaknya, ramai yang mengecam pemuda tersebut kerana diberi jolokkan ‘ikon permotoran’ oleh timbalan menteri itu yang dilihat seperti berlebihan.

Netizen menyifatkan bahawa gelaran tersebut tidak sesuai kerana Haqiem Stopa dikatakan merupakan ‘mat rempit’ memandangkan kerap berkongsi konten berkenaan motosikal di TikTok.

Bagi motivasi dekat sekolah

Hari ini, pemuda berkenaan telah berkongsi di laman TikTok miliknya momen sewaktu hadir ke sekolah lama tempatnya menimba ilmu untuk memberikan motivasi.

Difahamkan, kehadirannya ke sana telah disambut oleh guru bagi memberikan sedikit pesanan dan juga berinteraksi dengan para pelajar serta berkongsi cerita tentang apa yng dilaluinya.

. 

 

Kenapa jemput dia?

Walau bagaimanapun, ada sesetengah netizen berasa tindakan tersebut kurang bijak dan mempersoalkan mengapa pihak guru  menerima individu yang dipanggil ‘mat rempit’ untuk membuat talk di sekolah.

Menerusi video luahan yang dibuat pengguna Facebook dikenali sebagai Kuro Bikeseller, dia telah menyatakan rasa kurang setuju dengan tindakan menjemput Haqiem Stopa kerana disifatkan tidak membantu kemajuan generasi pun.

Tambahnya, individu seperti itu sepatutnya tidak dipublisitikan dan dijadikan contoh kepada remaja-remaja bimbang mendatangkan pemahaman negatif dalam pemikiran mereka.

Dulu2 panggil penceramah berjaya, tapi sekarang…

Sehubungan dengan perkongsian luahan pengguna Facebook itu, rata-rata netizen turut sama bersetuju dengan pendapatnya kerana merasakan kehadiran TikToker tersebut ke sekolah agak tidak sesuai melihat daripada konten serta kontroversi sebelum ini.

Mereka juga mempertikaikan apa yang boleh dicontohi daripada pemuda terbabit kerana dia juga digelar ‘mat rempit’ melihat daripada muat naiknya di laman sosial.

Nak kata wakil PIBG tak logik pula

Nak bagi anak bangsa mati atas jalan ke?

Sekolah tempat timba ilmu kenapa jemput mat rempit