Guru dedah murid tahun 1 sering buat aksi lucah dalam kelas, bila disiasat puncanya daripada gajet

Guru dedah murid tahun 1 sering buat aksi lucah dalam kelas, bila disiasat puncanya daripada gajet

 

Hari ini, gajet dan anak-anak berpisah tiada.  Dapat dilihat pada usia kecil lagi, ibu bapa sudah menyuakan telefon pada anak atas alasan mahu anak duduk diam sama ada di kedai makan atau tidak membuat bising di rumah.

Pada usia kecil, mereka mungkin meneroka cerita  kartun seperti yang mak ayah fikirkan tetapi bila sudah jadi ketagihan pada telefon dan ibu bapa malas nak dengar anak menangis mereka akan berikannya tanpa kawalan.

Satu pendedahan guru yang dikongsi oleh penceramah motivasi, Akhi Fairuz Al Jengkawi mengenai murid tahun satu yang sering membuat aksi lucah di dalam kelas pasti membuka mata mak ayah betapa  anak-anak mudah terdedah kepada kelucahan melampau pada usia muda.

Kata orang, usia yang sepatutnya mereka menerokai usia kanak-kanak bermain dengan alam dan kawan-kawan sebaliknya sudah menonton babak lucah dalam hidupnya.

“Kat sekolah saya ada murid tahun 1. Selalu buat aksi lucah dalam kelas. Saya pelik sungguh, siap senyum-senyum lagi. Sekali saya bagi phone dan minta dia search apa yang dia tonton di Youtube. Saya istighfar panjang! Hanya dengan taip ****** terus keluar benda lucah.

“Pada hal majoriti mbuntu bagaimnaurid dalam kelas saya ini membaca dan mengeja pun tak tahu. Ya Allah sedih sangat, 7 tahun dah tengok benda tu. Saya  untuk beritahu dalam grup ibu bapa pasal benda nie. Minta dia orang aware. Saya yang tua pun baru tahu pasal hanya huruf XXX, boleh keluar pasal lucah. Tak perlu pandai mengeja.

Guru Dedah Murid Tahun 1 Sering Buat Aksi Luc*h Dalam Kelas, Puncanya Ibu Bapa Beri Gajet Tanpa  Kawalan

Ternyata pendedahan guru ini amat menakutkan kerana minda anak sudah dirosakkan hanya kerana tiada pengawalan tegas ibu bapa dalam hal gajet kepada anak.

Dalam pada itu, Akhi Fairuz memaklumkan, anak-anak generasi hari ini  semakin terdedah dengan kelucahan.

“Setiap dari kita berperanan untuk mendidik anak-anak ini, baik di rumah, di sekolah mahupun saya sendiri,” katanya yang aktif mengadakan seminar berkaitan hal ini.

Hal yang dikongsi di fbnya ini ternyata mendapat perhatian dari Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang memaklumkan akan membuat pertemuan dengan pihak Google pada minggu depan.

Sedar hal ini perlu tindakan segera dan tindakan bagi menyelamatkan genarasi muda hari ini, Fahmi Fadzil menyifatkan  hal ini perlu tindakan segera.

“This is ridiculous. Saya & MCMC akan bertemu pihak Google untuk bincang dan selesaikan perkara ini. Insya-Allah pertemuan minggu depan.

Dalam pada itu, Akhi Fairuz ada tiga tindakan segera perlu dibuat oleh ibu bapa demi isu ini.

  1. Sekatan. Ini kerja pihak berkuasa. Macam respon Menteri Fahmi Fadzil.
  2. Pantauan. Ini kerja mak bapak. Tolonglah jangan rosakkan anak dengan beri terus gajet tanpa pantauan.
  3. Didikan. Yang ini berterusan. Jangan pernah jemu untuk educate anak apa yang boleh apa yang tidak, apa halal, apa haram, apa dosa, apa pahala.