Hadiah anak 5 tahun Mercedes bernilai RM1.7j supaya rajin ke sekolah, netizen kongsi rasa meluat tindakan pasangan jutawan kosmetik ini

Hadiah anak 5 tahun Mercedes bernilai RM1.7j supaya rajin ke sekolah, netizen kongsi rasa meluat tindakan pasangan jutawan kosmetik ini

Mutakhir ini, pasangan ibu bapa dilihat begitu ghairah memenuhi apa sahaja permintaan yang disuaeakan anak kesayangan demi melihat anak mereka mencapai kebahagiaan yang diinginkan si anak, walaupun terpaksa berbuat sesuatu perkara yang tidak maauk akal.

Begitu juga situasi yang dilalui pasangan Farhana Zahra dan suaminya yang berusaha memenuhi hadiah permintaan anak mereka, Fatima sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-5 baru-baru ini.

Memetik portal Mstar, selain diberikan sebagai hadiah hari jadi, permintaan itu juga ditunaikan oleh si ibu yang lebih mesra dipanggil Cik Na disebabkan anaknya enggan ke sekolah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Sebelum ini, Cik Na pernah memuat naik video menunjukkan Fatima memberikan alasan tidak mahu ke sekolah kerana belum cukup umur.

Malah, si kecil itu juga dilihat berdepan kesukaran untuk pergi ke sekolah sehingga pernah berpura-pura tidak sihat.

“Hari tu alasan dia tak nak pergi sekolah sebab belum birthday dia jadi tak cukup lagi (usia) lima tahun.

“Sekarang dia minta saya kereta BMW dengan G Wagon pula baru nak pergi sekolah.

“BMW saya tahulah, G Wagon tu benda apa?” ujar Cik Na menulis di ruangan kapsyen perkongsian TikTok tersebut.

Namun, pada hari lahir anaknya, Cik Na membuat kejutan dengan menunaikan permintaan Fatima dengan menghadiahkan sebuah kereta Mercedes G Wagon.

Bagaimanapun, pada mulanya berlaku adegan lucu apabila Cik Na hanya memberikan kereta mainan G Wagon kepada Fatima.

Kalini dia cakap dapat hadiah G Wagon dia nak pergi sekolah. Panjang betul akal dia ni!

Tidak lama kemudian, siapa sangka Cik Na benar-benar membelikan kenderaan mewah tersebut yang dibawa oleh sebuah lori lutsinar dan memasuki perkarangan rumah ketika sambutan hari jadi yang diadakan pada waktu malam.

“Tak sabar saya nak hantar Fatima pergi sekolah sebab bulan Januari hari tu dah hantar tapi hari-hari dia berlakon sakit.

“Lepas tu dia cakap belum cukup lima tahun lagi sebab belum birthday dia. Kali ni dia cakap dapat hadiah G Wagon dia nak pergi sekolah. Panjang betul akal dia ni!” kata si ibu.

Menerusi video yang dikongsi, kelihatan wajah Fatima begitu ceria setelah penutup mata dibuka dan dia melihat kereta idaman berada di depan mata.

Kereta yang dihantar menggunakan sebuah lori.

Dalam pada itu, Cik Na yang merupakan usahawan kosmetik berasal dari Tumpat, Kelantan, ini berharap agar hadiah kereta mewah ini menjadi asbab supaya anaknya lebih rajin untuk ke sekolah.

Tambahnya lagi, dia turut berharap cita-cita anaknya untuk menjadi doktor tercapai satu hari nanti.

Hasil carian di internet, kenderaan jenama Mercedes kelas G tersebut dijual pada harga bermula RM1.7 juta sebuah.

Sebagaimana dikongsikan, video tersebut meraih lebih 500,000 setelah menjadi tular di TikTok.

Komen netizen di TikTok.

Rata-rata netizen turut terkesima apabila melihat seorang ibu mampu memberikan hadiah semewah itu terhadap anak kesayangan mereka yang baru berusia lima tahun.

“Alhamdulillah bagi semangat nak pergi sekolah. Kalau dulu tak bersemangat nak pergi sekolah kena hambat dengan getah paip. Akhirnya ke universiti juga.

“Saya dari dulu ajar anak-anak susah sebab mak ayah saya dulu dari keluarga susah.

“Untung kau dik. Mak ayah jutawan. Akak kahwin dah lima tahun tak mampu nak beli kereta lagi,” demikian antara komen netizen di TikTok.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube