“Hadiah buat saya” – Instafamous dedah dicerai suami selepas 8 hari berkahwin

“Hadiah buat saya” – Instafamous dedah dicerai suami selepas 8 hari berkahwin

 

Seorang pempengaruh media sosial atau instafamous menjadi bualan ramai di laman Twitter apabila dikatakan sudah bercerai dengan suami selepas seminggu mendirikan rumah tangga.

Aikk bukan baru nikah ke?

Menerusi pendedahan di aplikasi TikTok, influencer dikenali sebagai Elcah Hasha itu mengakui rumah tangganya hanya bertahan selama lapan hari sekali gus kembali bergelar ibu tunggal.

Bagi menjawab pertanyaan semua…

@elcah.hasha

Bagi menjawap pertanyaan yang terbuku dihati semua, ini adalah jawapan…

♬ original sound – mariasubir – Miamiaaw

Menerusi satu hantaran, usahawan berusia 27 tahun itu menyatakan dia sudah tidak mampu lagi untuk bertahan selain berharap bekas suaminya gembira dalam menjalani kehidupan baharu.

“Hadiah buat saya selepas lapan hari pernikahan. I can’t hold this anymore. Thank you so much and I hope you’re happy with your new life,” tulisnya.

Difahamkan, kedua-duanya melangsungkan pernikahan pada 3 Mac lalu dan Elcah juga mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Basheera yang berusia tiga tahun hasil perkahwinan terdahulu.

Dalam hantaran sama, turut kedengaran bekas suaminya melafazkan cerai dengan talak satu melalui nota suara atau voice note di aplikasi WhatsApp.

Sementara itu, wanita tersebut ada berkongsi mengenai konflik dilalui membabitkan ‘wanita lain’ yang didakwa menjadi punca rumah tangganya retak dalam tempoh singkat.

“Siapa yang kaki spin dan siapa yang pijak semut tak mati? Kau yang aniaya aku dalam perkahwinan yang baru dibina 8 hari dan aku dikhabarkan dengan berita ada bayi yang patut dijaga, ada wanita lain yang patut diberi perhatian.

“Kau tahu apa yang kau buat dengan perempuan tu dan sampai ada perkara yang tak sepatutnya berlaku dan jadikan aku sebagai tempat persinggahan kau selama 8 hari,” itu antara perkongsian Elcah menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.