Hadiahkan baju raya untuk pekerja pam minyak, anak DSV dipuji baik hati
Mengikut jejak langkah ibunya, anak kepada usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida, Muhammad Eric Zecquan Mohd Amin atau biasa disapa Kacak dilihat turut menceburi bidang perniagaan apabila bakal melancarkan baju Melayu atas jenamanya.
Walau bagaimanapun, menerusi TikTok Kacak, dia telah berkongsi satu momen sewaktu bertemu seorang pekerja pam minyak yang memuji baju Melayu yang dipakai ketika turun dari kenderaan.
Hadiahkan baju raya
Menurut Kacak, pekerja pam minyak yang juga merupakan pekerja warganegara asing dipercayai dari Bangladesh telah memuji baju yang dipakai.
Jadi, Kacak berhasrat menghadiahkan koleksi baju yang dipakainya memandangkan pekerja itu belum mempunyai baju raya.
@kacak.officialmy Abang petronas belum ada baju raya 🥹 #bajuraya2023 #bajumelayuslimfit #bajumelayukacak #fyp #foryou #masukberandafyp #raya2023 @إيريك زاكوان😺
Koleksi belum lagi dilancarkan
Lebih mengharukan, remaja berusia 16 tahun itu tetap mahu menghadiahkan baju berkenaan walaupun koleksi tersebut belum lagi dilancarkan kepada umum.
@datoserividaofficial Semalam balik dari event astro pukul 3 pagi singgah petrol pump. Abang petronas tegur baju melayu kacak cantik katanya. Kacak tanya dah beli baju raya ke belum , Dia jawab belum. . Alhamdulillah Kacak anak mama yg hebat. walaupun belum start dijual kacak nak sedekahkan satu pasang baju melayu kacak . Hebat anak mama 🥹 Siapa yang belum dapatkan baju raya boleh support kacak okay @KACAK WORLD #datosrivida #masukberandafyp #foryou #inspirasiramadan #cikb #kacak #anakmamayanghebat #fyp
Tak rugi DSV selalu puji Kacak anak hebat
Apa yang menarik perhatian warganet adalah kesopanan Kacak dalam menyantuni pekerja tersebut dengan begitu baik. Ramai yang memberikan pujian kepada remaja berkenaan kerana turut memeluk dan mencium tangan pekerja itu ketika bersalaman sebagai tanda hormat.
Salam cium tangan tu yang buat bangga
Mesti Kacak dewasa nanti jadi orang yang dermawan
Difahamkan, Kacak baru sahaja mengeluarkan baju Melayu Slim Fit untuk Aidilfitri tahun ini dan dia juga menjadi model untuk jenama tersebut.
Kacak merupakan anak kedua DSV dan mempunyai seorang kakak yang juga menceburi bidang seni iaitu CikB atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamilleen, 17.