Hafidz Roshdi beri surat terbuka, minta Shuhada mohon maaf & tarik balik kenyataan berbaur fitnah dalam masa 48 jam
Sebelum ini, isteri kepada pelakon kontroversi, Hafiz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri mendakwa adik iparnya turut bersubahat dalam kemelut rumah tangganya namun, tidak menceritakan perkara tersebut dengan lebih terperinci.
Enggan untuk berdiam diri, akhirnya Hafidz Roshdi telah membuka mulut dengan menafikan segala dakwaan yang dilemparkan mengenai ahli keluarganya dan menanggap ia sebagai satu fitnah.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Hafidz di laman Instagramnya, dia telah menjelaskan beberapa kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Shuhada.
Tidak semua perkara yang dinyatakan oleh Shuhada adalah benar
Dalam perkongsian tersebut, aktor yang berusia 28 tahun itu memaklumkan dia terpaksa menulis surat itu secara terbuka kerana Shuhada telah menutup segala jalan untuk perdamaian dan menyelesaikan konflik secara kekeluargaan.
Dakwaan adik bersubahat adalah fitnah semata-mata
Bukan itu sahaja, Hafidz turut meluahkan rasa kecewa apabila Shuhada sanggup menjadikan isu rumah tangganya di media sosial sehingga cenderung untuk membuka aib sehinggakan membuka ruang fitnah kepada orang ramai.
Malah, dia juga menganggap Shuhada sudah mula melampaui batas dan tidak boleh berdiam diri apabila mula mencanang fitnah dan kenyataan palsu tentang keluarganya.
Gara-gara dakwaan tersebut, keselamatan dan kesejahteraan keluarga sudah terjejas.
Bahkan, Hafidz memberitahu hantaran yang dimuat naik oleh Shuhada di laman Instagramnya telah menyebabkan keselamatan serta kesejahteraan keluarganyatelah terjejas dan meminta kepada orang ramai untuk lebih berhati-hati dalam memberi sebarang komen terhadap isu yang berlaku.
Gesa Shuhada buat permohonan maaf secara terbuka
Susulan itu, pelakon kelahiran Selangor itu menggesa Shuhada untuk membuat permohonan maaf secara terbuka sebelum dia mengambil tindakan undang-undang kerana sudah menyentuh maruah dan privasi keluarganya.
Hafidz mohon maaf kepada keluarga dengan apa yang terjadi
Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Hafidz Roshdi bertindak menumbuk isterinya beberapa kali di bahagian mata sehingga menyebabkan kecederaan yang membawa kepada 10 jahitan.
Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, Hafidz akan didakwa di Mahkamah Kuala Kubu Baharu dan akan dituduh dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.