Hafidz Roshdi dakwa ada bukti Shuhada minta kos gugurkan kandungan

Hafidz Roshdi dakwa ada bukti Shuhada minta kos gugurkan kandungan

 

Hari ini, pelakon Hafidz Roshdi dan isteri, Nurul Shuhada hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam bagi sebutan pengesahan lafaz cerai yang difailkan sebelum ini.

Hafidz dilihat memakai kemeja batik berwarna merah ditemani bapa saudaranya manakala Shuhada hadir bersama peguam, Nurfarhana Abd Manaf.

Nurul Shuhada sebelum ini dilaporkan memfailkan perceraian di mahkamah itu pada 27 Februari lalu.

Ia susulan daripada pengakuan adik isteri Hafidz Roshdi yang memaklumkan Hafidz telah menceraikan kakaknya dengan talak satu menerusi panggilan telefon pada 22 Februari lalu.

Sementara itu, Hafidz memaklumkan dia ada membuat laporan polis atas dakwaan isterinya telah meminta wang untuk mengugurkan anak ketiga mereka.

Dakwa Hafidz, Shuhada telah menghantar pesanan WhatsApp kepadanya mengenai hasratnya itu dan terus membuat laporan polis untuk tujuan siasatan lanjut.

Hafidz juga telah didakwa atas satu pertuduhan iaitu menumbuk pipi kiri Nurul Shuhada sebanyak tiga kali di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, Hulu Selangor.

Dia mengaku tidak bersalah di atas dakwaan itu sebelum diperintahkan mahkamah untuk dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri.

Untuk rekod, Hafidz Roshdi telah mendirikan rumah tangga dengan Shuhada pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Namun begitu, pada awal tahun ini, isterinya telah mendedahkan kecurangan pelakon tersebut dengan seorang wanita. pelakon berkenaan juga dikatakan telah mencederakan Shuhada sehingga wanita itu menerima 10 jahitan di muka.