Hafidz Roshdi muat naik video bersama anak-anak, komen ibu mentua Puteri Sarah pula jadi perhatian
Awalnya si isteri iaitu Nurul Shuhada hanya memberi hint bongkar tentang hal rumah tangganya yang telah pun diganggu orang ketiga.
Walhal beberapa hari sebelum itu, suaminya Hafidz Roshdi menerusi rancangan ‘Melodi’ menafikan sekeras-kerasnya tentang perkara tersebut selain meyakinkan perkahwinannya dalam keadaan yang baik.
Nurul Shuhada ada hubungi Puteri Sarah untuk minta nasihat
Namun akhirnya semua tanda tanya terjawab apabila aktor tersebut sendiri telah lafazkan talak satu kepada isteri di hadapan keluarga sebelum wanita berkenaan mula failkan di mahkamah Isnin lalu.
Sementara itu, rupa-rupanya Nurul Shuhada turut ada menghubungi Puteri Sarah Liyana untuk meminta nasihat dan juga tunjuk ajar berdepan dengan perkara ini.
Sarah guide satu persatu bab lapor polis dan juga jabatan agama
Sarah yang ketika itu berada di Madinah membimbing wanita berkenaan langkah demi langkah dari segi laporan polis serta jabatan agama untuk tindakan kepada ‘orang ketiga’ tersebut.
Jelas ibu kepada Syaikhul dan juga Sumayyah itu, dia ingin berjuang untuk golongan perempuan yang telah teraniaya.
Ramai rupanya lelaki dayus
Seperti yang diketahui, antara individu yang paling menyokong tindakan Puteri Sarah adalah ibu mentuanya sendiri iaitu Datin Patimah.
Terbaru, isteri kepada pengarah Yusof Haslam tersebut dilihat tinggalkan komen berbunyi, “Ramai rupanya lelaki dayus” di posting yang memaparkan tentang video Hafidz Roshdi.
Wanita berkenaan sebelum ini memang menyelar keras tindakan suami yang tidak bertanggungjawab ke atas pasangannya.