Hafiz Mahamad sekali lagi ‘sponsor’ 10 buah bas pulang beraya untuk golongan memerlukan
Nama influencer, Hafiz Mahamad sememangnya popular dengan sikapnya yang pemurah kerana sering membantu orang yang memerlukan ketika dalam kesusahan.
Hafiz taja 10 buah bas kepada orang ramai
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Hafiz di IG storynya, difahamkan dia bakal menaja 10 buah bas kepada orang ramai untuk pulang ke kampung masing-masing bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tersayang.
Jelasnya, dia meluahkan rasa syukur kerana berpeluang dapat membantu golongan yang memerlukan dan berharap orang ramai mendoakan agar rezekinya sentiasa diperluaskan Allah.
“Ingat tak saya ada beritahu kita nak sponsor 10 buah bas untuk raya tahun ini?
“Jadi dalam 10 buah bas itu alhamdulilah dengan izin Allah raya tahun ini tiket kan kadang-kadang habis, mahal, mana tahu 10 bas ini dapat membantu sahabat-sahabat yang memerlukan. Jadi, Saya nak pergi mesyuarat, nak tengok apa perkembangan terkini.
“Tahun ini Saya nak mudahkan dari segi pengurusan tiket itu, nanti memudahkan awak lah nak mendaftar. Saya nak pergi mesyuarat ni, doakan rezeki saya melimpah ruah tau,” ujarnya.
Sistem pengurusan lebih efisien!
Bukan itu sahaja, Hafiz turut memaklumkan sistem pengurusan bas bakal dipertingkatkan bagi memastikan keselesaan kepada para penumpang sepanjang perjalanan untuk pulang ke destinasi masing-masing.
Difahamkan juga, hanya pemandu bas yang berusia 40 tahun ke bawah dan mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dibenarkan membawa penumpang bagi memastikan keselamatan terjamin.
“Kita sponsor awak ni, Saya nak selesa untuk awak tidur, balik, salam mak ayah je
“Pemandu bas yang kami sediakan ini adalah semua muda, dibawah umur 40 tahun dan mempunyai pengalaman selama 10 tahun.
“Jadi, keselamatan orang yang kita sponsor nak balik raya nanti itu, insyaAllah terjaga la. Kita banyak terlepas pandang walhal pemandu bas sangat memainkan peranan. Kita akan bagi yang terbaik untuk awak, doakan,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Hafiz akan pergi ke stesen bas lama bersebelahan dengan stadium Shah Alam yang merupakan lokasi untuk berkumpul bagi memantau keadaan di sana.